suria

Bakal timang bayi perempuan, Atikah Suhaime harap anak kahwin dengan putera raja

Atikah dan suami sedia pelbagai perancangan untuk masa depan anak.

MENGHITUNG hari kelahiran cahaya mata sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime dan suami bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi khabar gembira itu semasa menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh pada malam Selasa.

"Makan malam ulang tahun perkahwinan dan pendedahan jantina. Pastikan anda menunggu sehingga akhir untuk mengetahui jantina anak," katanya di ruang kapsyen TikTok.

atikah 2

Atikah gembira sambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami.

Menerusi video yang dimuat naik, Atikah dan suami menikmati makan malam romantik di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Sambil menikmati hidangan, pasangan ini sibuk membincangkan mengenai perancangan masa depan anak perempuan mereka yang bakal lahir.

Malah Atikah juga berseloroh berharap agar anaknya itu berkahwin dengan anak raja apabila dewasa kelak.

Tidak hanya itu, dia juga dikejutkan dengan pemain biola yang hadir ke ruangan makan mereka sambil mendedangkan lagu romantis.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari jatuh cinta, Atikah Suhaime syukur dapat suami sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime mengadu cepat letih sepanjang hamil, sampai rasa nak menangis... “Tidak pernah sepenat ini dalam hidup”

"Sumpah saya terkejut! suami tempah pemain biola untuk makan malam kami. Dia tahu saya suka live band dan muzik," ujarnya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari tahun lalu.

Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain