suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramadan tinggal kurang 100 hari lagi, ustaz pesan elak tunggu saat akhir... Ini 5 amalan kena mula ‘step up’ dari sekarang!

Umat Islam disaran sentiasa memperbaiki diri. -Gambar hiasan

BULAN Ramadan yang dinanti-nantikan umat Islam bakal menjelang kurang 100 hari lagi.

Ia sekali gus menjadi peringatan untuk setiap Muslim mula mempersiapkan diri daripada segi rohani dan amalan ibadah.

Pendakwah bebas, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik menyeru umat Islam agar tidak menunggu sehingga Ramadan tiba untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.

Menerusi perkongsiannya, beliau mengingatkan bahawa setiap insan tidak mempunyai jaminan untuk terus hidup sehingga bertemu Ramadan yang akan datang.

Malah, beliau mengajak orang ramai merenung hakikat bahawa ada insan yang tahun lalu masih bersama-sama menunaikan ibadah puasa, solat tarawih dan berbuka, namun kini sudah tiada lagi di dunia.

“Adakah kita pasti akan sempat bertemu Ramadan kali ini? Atau mungkin ini Ramadan terakhir kita?” soalnya.

Dalam perkongsian sama, beliau turut mengajak umat Islam menghayati kepentingan tiga masjid suci iaitu Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin sebagai lambang penyatuan umat Islam.

Puasa yang ditinggalkan wajib untuk diganti. -Gambar hiasan

Puasa yang ditinggalkan wajib untuk diganti. -Gambar hiasan

Sehubungan itu, Ustaz Mad Kecik berkongsi lima persiapan yang boleh mula dilakukan dari sekarang sebagai persediaan menyambut bulan penuh keberkatan itu.

1. Bertaubat dan bersihkan hati

Umat Islam diseru melakukan taubat nasuha dengan meninggalkan dosa silam, membersihkan hati daripada hasad dengki dan dendam serta memohon maaf kepada individu yang pernah disakiti.

2. Selesaikan puasa ganti dan hutang

Mereka yang masih mempunyai puasa tertinggal disarankan menyelesaikan tanggungjawab berkenaan selain melunaskan hutang sesama manusia.

3. Latih diri dengan amalan sunat

Antara persediaan yang boleh dilakukan termasuk membiasakan diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis, puasa hari putih serta mendirikan solat malam walaupun hanya dua rakaat.

4. Biasakan membaca al-Quran

Jangan hanya mula membuka al-Quran apabila Ramadan tiba.

Sebaliknya, jadikan amalan membaca kitab suci itu sebagai rutin harian dengan memulakan sekurang-kurangnya satu muka surat sehari.

5. Jaga pancaindera

Umat Islam juga diingatkan supaya mendidik mata daripada perkara maksiat, menjaga lidah daripada berdusta dan mengumpat serta menghindarkan hati daripada kelalaian.

Dalam masa sama, beliau menitipkan doa agar umat Islam diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadan dan dikurniakan kekuatan melaksanakan ibadah sepanjang bulan berkenaan.

Beliau turut berharap agar umat Islam bukan sekadar memperoleh lapar dan dahaga sepanjang Ramadan, sebaliknya mendapat keampunan serta pembebasan daripada azab api neraka.

Justeru, orang ramai diseru agar mula melakukan perubahan dari sekarang dan menyebarkan peringatan itu kepada keluarga serta sahabat sebagai usaha menghidupkan semangat menyambut Ramadan.

Artikel Lain