Dalam Islam, wajib kepada pemandu yang menyebabkan kemalangan maut untuk menunaikan kafarah bunuh secara tidak sengaja. -Gambar hiasan AI
BAYANGKAN jika suatu hari kita terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan orang lain kehilangan nyawa, walaupun perkara itu berlaku tanpa disengajakan. Dalam keadaan panik, takut dan dihantui rasa bersalah, mungkin ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut. Namun, tahukah anda bahawa dalam Islam, kematian yang berlaku akibat kemalangan tanpa niat membunuh mempunyai hukum dan tanggungjawab tertentu?Selain perlu berdepan dengan undang-undang negara, individu yang terlibat juga perlu memahami kedudukan perbuatannya daripada sudut agama.Perkara ini mencetuskan perbincangan ramai selepas ia dikongsi oleh seorang individu di aplikasi Threads.Topik mengenai kafarah bunuh jadi perbualan ramai di media sosial. -Gambar hiasan AI"Aku pernah dengar, betul ke kalau kita penyebab kematian orang akibat kemalangan, kita kena puasa 60 hari berturut-turut untuk tebus kesalahan?" tulis individu itu.Kemudiannya, seorang lagi wanita tampil berkongsi perkara sama yang pernah menimpa suaminya."Betul. Suami pernah terlibat kemalangan nyawa. Dia tak bersalah pun tapi ada yang meninggal. Jadi dia puasa dua bulan. Habis puasa, mentua masak, sedekah kesyukuran bagi kat masjid," kongsinya.Lebih 500 netizen meninggalkan komen mengulas tentang perkara itu, malah ramai juga yang mengakui baru mengetahui tentang perkara berkenaan.Sejauh mana kebenarannya?Menurut laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor, sekiranya kemalangan jalan raya berlaku secara tidak disengajakan serta menyebabkan kematian, maka wajib kepada pemandu yang menyebabkan kemalangan tersebut untuk menunaikan kafarah bunuh secara tidak sengaja.Firman Allah SWT Surah al-Nisa' ayat 92:Maksudnya: Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja.Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diyah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman.Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diyah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman.Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Kafarah bunuh dengan tidak sengaja adalah mengikut turutan seperti di bawah:Sekiranya tidak berkemampuan melaksanakan kafarah yang pertama, barulah boleh memilih kafarah yang seterusnya:1. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam.2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.Merujuk kepada persoalan ini:Kafarah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin hanya boleh dilakukan sekiranya tidak mampu untuk berpuasa selama dua bulan berturut-turut.Kewajipan untuk berusaha berpuasa selama duabulan berturut-turut. Seandainya tidak berkemampuan, maka berpindah kepada memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Adalah tidak diharuskan untuk hanya memilih salah satu daripada keduanya.