suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November

GV Fantasia menampilkan juara-juara AF sebelum ini.

PROGRAM realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza (GV) kembali dengan kelainan musim ini apabila memperkenalkan edisi istimewa, Gegar Vaganza Fantasia (GVF), yang menghimpunkan barisan peserta Akademi Fantasia (AF).

Antara peserta yang bakal berentap ialah Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Shahir (AF8), Faizul (AF2013) dan Firman (AF2014).

Senarai sembilan peserta itu diumumkan Astro menerusi sidang media di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Barisan peserta Gegar Vaganza Fantasia bersama Datuk Ramli MS (enam dari kiri) dan Raqim Ahmad (tujuh dari kiri).

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, adalah untuk mengimbau kenangan dalam kalangan penonton sekaligus menggabungan dua jenama ikonik.

Katanya, Akademi Fantasia merupakan antara program yang mencetuskan populariti Astro dalam kalangan penonton Malaysia, manakala Gegar Vaganza pula menjadi antara jenama program realiti paling kukuh selepas bersiaran selama 13 tahun.

“Jadi, apabila kita meraikan tiga dekad Astro, kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk menggabungkan dua jenama ikonik ini menjadi satu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon buat kejutan, muncul peserta ke-14 Gegar Vaganza 12 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS tak setuju cadangan rehatkan GV, masih ada rating cuma dah habis ‘bahan mentah’

“Program seperti ini hanya dilakukan sekali dalam beberapa tahun dan kami mahu memberikan sesuatu yang istimewa kepada penonton,” katanya.

Menariknya, GVF turut menjanjikan pelbagai kejutan buat penonton, termasuk pengumuman empat lagi peserta lain di konsert akan datang.

Selain itu, peminat juga berpeluang mengundi artis legenda pilihan mereka menerusi undian khas yang diperkenalkan dalam program berkenaan.

Dalam pada itu, GVF masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Program itu bakal dikendalikan tiga pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

GVF akan bermula pada 8 November pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Artikel Lain