suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 tahun berjuang, Amelina kesal dangdut masih terpinggir... “Yang pandang cuma peminat“

Amelina tidak patah semangat perjuang genre dangdut.

MEMBALAS komen peminat tentang usaha mengangkat kembali muzik dangdut, penyanyi Amelina berpendapat genre itu sering dipinggirkan oleh pemain industri tempatan.

Kata Amelina atau Norzalina Amir Sharipuddin, 52, perjuangan membawakan muzik dangdut hanya berbekalkan sokongan peminat.

"Bukan tak pernah memulakan, peminat sentiasa ada untuk saya. Tapi dangdut ini dipinggirkan oleh industri muzik itu sendiri. Ruang untuk kami tidak pernah ada.

Luahan Amelina di Threads.

"Kami bergerak sendiri tanpa ada bantuan, cuma berbekalkan sokongan peminat yang buat saya masih bertahan," katanya menerusi satu komen balas di Threads.

Dalam satu perkongsian berbeza, Amelina juga berharap genre dangdut akan terus mendapat perhatian termasuk bertanding dalam mana-mana acara anugerah.

Baginya, kebangkitan genre itu menjadi bukti kepelbagaian dan keunikan muzik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak rindu ke?” - Amelina harap dangdut tidak dipinggirkan, diberi ruang sertai pertandingan 

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina percaya dangdut tidak perlu bergelek

"Jauh di sudut hati ingin melihat kembali betapa meriahnya semua genre di atas pentas sama. Dalam satu masa penonton dapat melihat dan menikmati setiap keunikan genre-genre," luahnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Rindu ini turut menyambut baik usaha mana-mana pihak untuk menganjurkan sebuah konsert dangdut.

Amelina harap akan ada penganjuran konsert dangdut. 

Pada masa yang sama, Amelina bersyukur sokongan peminat memberikan semangat untuknya terus bertahan dalam industri muzik tempatan.

"Doakan ada orang yang pandang saya ini. Saya pula tiada apa-apa dalam industri ini.

"Saya sudah cukup bersyukur dah 30 tahun lebih ini, yang pandang saya cuma peminat. Boleh juga saya kayuh cari rezeki untuk anak-anak," ujarnya.

Artikel Lain