PENYANYI dangdut Amelina menegaskan dia sentiasa menjaga imej dan tidak pernah bergantung kepada aksi gelek atau penampilan seksi untuk memikat penonton.Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 52, sejak awal pembabitannya dalam industri seni, dia lebih selesa menghiburkan peminat menerusi kekuatan vokal dan kualiti lagu berbanding persembahan yang berlebihan di atas pentas. "Dari dulu saya memang tak 'ligat' (bergelek). Saya suka menghiburkan, kalau di atas pentas saya seperti seorang penghibur saja. Amelina sentiasa menjaga imej dan tidak pernah bergantung kepada aksi gelek."Dangdut ni sebenarnya tak perlu nak bergelek pun. Lagu-lagu saya pun sebenarnya bukan lagu 'gedik' tapi sweet. "Saya pula risau sekarang ini dah banyak sangat lagu yang tak ada maksud. Dulu lagu dangdut boleh masuk AJL tau sebab lirik dan muzik tidak merapu," katanya kepada mStar. Mengulas persepsi masyarakat sering mengaitkan genre dangdut dengan aksi gelek, Amelina berkata tanggapan itu sudah lama wujud, namun dia lebih memilih untuk mengekalkan identiti tersendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Amelina dah siap buat baju, kecewa tak dapat kongsi pentas dengan Inul DaratistaARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun hidup solo, Amelina sudah hilang 'taring' pikat lelaki... pilih tundukkan pandanganKata Amelina, dia tidak menolak elemen hiburan ketika membuat persembahan, namun tetap meletakkan batasan dalam penampilan."Dari dulu lagi orang memang dah cakap kalau dangdut saja mesti kena gelek. Cuma saya ini saja tak boleh bergelek. "Lagu saya pun tak sesuai untuk bergelek. Saya nak cari kekuatan nyanyian dengan lagu yang baik, disebabkan itu saya sangat cerewet. "Untuk berjoget sikit dan 'bergoyang' sikit itu bolehlah tapi kalau nak pakai seksi memang tidaklah," ujarnya. Amelina teruja dengan pelancaran lagu Sayang Memang Sayang.Dalam perkembangan lain, Amelina meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat melancarkan single baharu berjudul Sayang Memang Sayang pada 19 Jun lalu, selepas sembilan tahun tidak tampil dengan karya baharu."Saya ini mana ada cerita, tak ada cerita apa-apa pun. Kehidupan saya hanya mengikut keadaan saja, sibuk dengan keluarga dan persembahan pentas. "Sekarang saya tengah gembira sebab lagu baru sudah pun boleh didengar di platform penstriman. Ada jugalah pembaharuan selepas sembilan tahun tidak ada apa-apa produk daripada saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!