suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pas FIFA World Cup 2026 sarat kandungan eksklusif berbanding platform percuma - Unifi TV

Unifi TV maklum dengan keluhan netizen.

PIHAK pengurusan Unifi TV tampil memberikan respons berhubung kritikan dan keluhan peminat bola sepak yang mempertikaikan kualiti barisan pengulas serta kandungan analisis sepanjang siaran langsung kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung.

Isu tersebut mula menjadi bualan di media sosial apabila rata-rata pelanggan pakej berbayar meluahkan rasa tidak puas hati. Mereka juga mendakwa khidmat pengulas yang disediakan sekadar 'tangkap muat', selain menggunakan pengisian sama seperti saluran percuma milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengulas mengenai perkara itu, Penolong Pengurus Besar, Ketua Kempen dan Naratif (Perniagaan dan Teknologi) Komunikasi Strategik TM, Sharmila Theenathayalu menegaskan pihaknya sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap setiap maklum balas serta rungutan yang disuarakan penonton demi menjaga kualiti perkhidmatan mereka.

RTM berkolaborasi dengan Unifi TV sebagai penyiar Piala Dunia 2026. 

"Unifi TV mengambil maklum maklum balas penonton berhubung pengalaman menonton Piala Dunia FIFA 2026, termasuk pandangan mengenai pengulas, analisis perlawanan dan keseluruhan penyampaian kandungan sepanjang kejohanan ini," katanya kepada mStar.

Menjawab mengenai nilai eksklusif bagi platform penstriman berbayar, Unifi TV memahami ekspektasi tinggi diletakkan oleh pelanggan yang mengharapkan pulangan berbaloi bagi setiap langganan.

Bagaimanapun, jelas mereka, Pas FIFA World Cup 2026 yang ditawarkan sebenarnya sarat dengan pelbagai kelebihan digital dan teknikal yang tidak boleh didapati di platform penstriman percuma lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Unifi TV bukan 'tangkap muat' pengulas World Cup 2026

ARTIKEL BERKAITAN: Mexico pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026

"Kami faham bahawa pelanggan yang melanggan pakej berbayar mengharapkan pengalaman yang lebih menyeluruh dan bernilai. 

"Justeru, Pas FIFA World Cup 2026 Unifi TV menawarkan akses kepada kesemua 104 perlawanan secara langsung dalam definisi tinggi (Full HD), selain ulangan perlawanan, klip sorotan, statistik serta pengalaman tontonan yang lebih fleksibel menerusi platform Unifi TV 2.0.

"Ini merangkumi kebolehan untuk putar semula, tontonan semula sehingga 7 hari, paparan berbilang dalam aplikasi untuk tontonan serentak serta integrasi dengan TV Pintar," jelasnya.

Unifi TV janji untuk berikan yang terbaik untuk siaran Piala Dunia. 

Ditanya sama ada pihak produksi sedia melakukan rombakan atau penambahbaikan segera terhadap barisan pengulas dan panelis sedia ada, Unifi TV memberi jaminan bahawa penilaian prestasi akan sentiasa dilakukan bersama pihak-pihak berkaitan.

"Pada masa yang sama, kami sentiasa menilai maklum balas pelanggan dan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memperhalusi kandungan, penyampaian serta pengalaman aplikasi sepanjang kejohanan berlangsung.

"Sebarang penambahbaikan yang bersesuaian akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengalaman menonton Piala Dunia FIFA 2026 di Unifi TV terus dipertingkatkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain