Mexico berjaya menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026. -Foto Reuters/Daniel Becerril
SORAKAN puluhan ribu penyokong di Estadio Guadalajara nyata menjadi pembakar semangat buat Mexico apabila tuan rumah bersama itu muncul sebagai pasukan pertama mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026.Skuad El Tri mengungguli saingan Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Estadio Guadalajara, Zapopan, awal pagi Jumaat. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-50 menerusi Luis Romo yang pantas mengambil kesempatan atas kesilapan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu, yang gagal menangkap hantaran lintang sebelum bola disambar mudah ake dalam gawang kosong.Kedua-dua pasukan sebenarnya saling berbalas serangan, namun aksi lebih banyak tertumpu di bahagian tengah dengan peluang berkualiti sukar dihasilkan sepanjang 90 minit permainan.Korea Selatan meningkatkan tekanan pada penghujung aksi menerusi beberapa percubaan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol Mexico, Raul Rangel, memastikan gawang pasukannya terus kebal sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu membolehkan Mexico mengumpul enam mata maksimum daripada dua perlawanan sekali gus mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan A dan mara ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia kali ini.Sementara itu, wakil Asia, Korea Selatan masih mempunyai peluang untuk meneruskan kemaraan, namun mereka wajib menewaskan Afrika Selatan dalam aksi terakhir kumpulan jika mahu mengikut jejak langkah Mexico ke pusingan kalah mati.