suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat tatap wajah zuriat pertama... Penjaga gol Palestin maut diserang tentera Israel, tinggalkan isteri sedang hamil

Saleem Al Ashqar dilaporkan meninggal dunia dalam serangan tentera Israrel di Gaza.

PENJAGA gol Palestin, Saleem Al Ashqar, dilaporkan terbunuh selepas menjadi mangsa tembakan tentera Israel di Gaza, menurut Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

PFA dalam satu kenyataan rasmi menzahirkan rasa dukacita atas kematian Al Ashqar, sekali gus mendedahkan dia merupakan antara ratusan tokoh dan ikon sukan Palestin yang telah terkorban sejak konflik berdarah itu meletus pada Oktober 2023.

Pemergiannya berlaku ketika peminat bola sepak di seluruh dunia sedang meraikan kejohanan antarabangsa, termasuk Piala Dunia FIFA 2026.

Menurut laporan media, Al Ashqar baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berdosa ke pilih untuk diam, enggan 'post' isu Palestin di media sosial? Ini ulasan agamawan

Kematiannya mencetuskan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan dan komuniti sukan Palestin.

Persatuan itu memaklumkan lebih 1,000 atlet Palestin terbunuh sepanjang perang, termasuk pemain bola sepak, jurulatih, pengadil dan pentadbir sukan.

Menurut PFA, serangan berulang turut memusnahkan stadium serta pelbagai kemudahan sukan lain, sekali gus menyebabkan pertandingan domestik dan program pembangunan belia terhenti.

Selain kehilangan nyawa, perang itu turut memusnahkan infrastruktur sukan di Gaza sehingga banyak kelab tidak lagi mampu menjalani latihan atau menyertai pertandingan, manakala ramai atlet terpaksa berpindah atau terkorban. -Agensi

Artikel Lain