suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lain macam penangan Piala Dunia 2026! Masjid ini ajak peminat bola tengok ‘match’ sambil qiamullail, siap ada makan percuma

Pendekatan luar kotak Masjid Al Falah USJ 9 satukan demam Piala Dunia 2026 dengan pengisian rohani dan solat berjemaah.

SIAPA kata masjid hanya untuk solat sahaja?

Sebuah masjid di Subang Jaya mengambil pendekatan 'luar kotak' apabila membuka pintu buat kaki bola berkumpul menonton perlawanan di skrin besar, sambil meluangkan waktu malam dengan aktiviti qiamullail.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Masjid Al Falah USJ 9 secara terbuka mengalu-alukan kehadiran orang ramai serta komuniti setempat untuk memeriahkan program khas yang dijadualkan berlangsung sepanjang musim kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Menurut hebahan yang dikongsikan, program berkenaan bukan sekadar menawarkan tayangan perlawanan secara langsung, malah turut diselitkan dengan aktiviti qiamullail dan solat berjemaah bagi mengisi waktu malam dengan amalan ibadah.

Program itu akan bermula awal pagi Jumaat sempena perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan yang dijadual berlangsung pada pukul 3 pagi.

Aktiviti sama diteruskan pada awal pagi Sabtu ketika perlawanan antara Kanada dan Bosnia, sebelum disusuli aksi Qatar menentang Switzerland pada awal pagi Ahad.

Menariknya, pihak masjid turut menyediakan makanan ringan serta minuman secara percuma kepada para pengunjung yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurut perkongsian itu lagi, tayangan perlawanan pilihan akan diadakan sekitar pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi sepanjang berlangsungnya saingan Piala Dunia 2026.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai pendekatan kreatif dalam menarik kehadiran masyarakat ke masjid, khususnya golongan belia dan peminat bola sepak, selain menggalakkan mereka memanfaatkan waktu malam dengan aktiviti yang bermanfaat.

Artikel Lain