suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan obses pasukan Argentina, rumah meriah dengan dekorasi... Cucu pula diberi nama Muhammad Messi

Rumah Yusuf dihiasi warna pasukan Argentina.

DEMAM Piala Dunia FIFA 2026 dapat disaksikan dengan pelbagai sambutan serta kemeriahan oleh peminat sukan itu di seluruh dunia.

Bagi seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Yusuf, 54, minatnya terhadap pasukan Argentina jauh melangkaui sekadar sokongan biasa.

Rumahnya kini dihiasi sepenuhnya dengan warna putih dan biru muda yang sinonim dengan skuad itu. 

Malah, setiap sudut kediamannya menjadi simbol kecintaannya terhadap pasukan Argentina dan Lionel Messi.

Yusuf merupakan nelayan dari sebuah kampung di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia.

Dia mula menjadi penyokong tegar Argentina sejak era 1980-an lagi.

Menurutnya, minat terhadap pasukan itu bermula sejak zaman legenda bola sepak, Diego Maradona, dan berterusan sehingga kini dengan kemunculan Messi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam penangan Piala Dunia 2026! Masjid ini ajak peminat bola tengok ‘match’ sambil qiamullail, siap ada makan percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki bola tak payah pening... Kini boleh layan Piala Dunia 2026 di RTM guna aplikasi MyGOV Malaysia

Bukan sahaja rumah dua tingkat miliknya dicat dengan warna Argentina, malah batu-batu kecil di halaman, pagar dan seliparnya turut dihiasi warna  sama.

Poster Messi serta jersi pasukan Argentina menghiasi hampir setiap ruang di kediamannya. 

Di luar rumah pula, beberapa bendera Argentina dikibarkan manakala sebuah replika trofi Piala Dunia bersaiz besar diletakkan di halaman sehingga menarik perhatian pengunjung dari kampung berhampiran.

Kecintaannya terhadap Messi turut dikongsi ahli keluarga. 

Cucu lelakinya yang kini berusia tiga tahun dinamakan Muhammad Messi, sempena pemain kegemarannya itu. 

Kanak-kanak tersebut dilahirkan pada hari Argentina menewaskan Mexico dalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022.

Yusuf berkata, dia berhasrat menonton setiap perlawanan Argentina pada Piala Dunia 2026 yang berkemungkinan menjadi penampilan terakhir Messi di kejohanan itu.

"Saya berharap Messi dapat menjadi juara dunia sekali lagi pada tahun 2026," katanya. -Agensi

Artikel Lain