Ibu bapa berhak menentukan pemberian harta milik mereka selagi mengikut hukum dan peraturan yang ditetapkan. -Gambar hiasan AI
TUGAS menjaga ibu bapa yang semakin berusia bukan mudah kerana ia memerlukan perhatian dan pengorbanan dalam menguruskan segala keperluan mereka.Namun bukan semua mendapat penghargaan kerana mengorbankan diri menjaga orang tua tanpa bantuan adik-beradik yang lain. Seperti kisah wanita ini, dia berasa sedih kerana dirinya dipinggirkan dalam soal pembahagian harta walaupun dia adalah penjaga tunggal ibunya.Apa lebih merobek hati, ibunya membuat keputusan untuk menghibahkan rumah didiami mereka ketika ini kepada kakaknya.Ibu bapa sebaiknya berlaku adil dan mengambil kira perasaan setiap anak agar tidak timbul perselisihan faham dalam keluarga. -Gambar hiasan AI"Bahagian rumah dia, ibu nak berikan pada kakak saya tapi kediaman itu atas nama saya dan mak."Sedangkan masa kakak aku pergi bekerja dekat luar negara, aku yang bersusah payah menjaga mak," luah wanita itu dalam hantaran dibuat di media sosial.Bagaimanapun jelasnya, kakaknya bukan melepaskan tanggungjawab menjaga ibu kepadanya malah mengirim wang belanja sebanyak RM2,000 untuk perbelanjaan rumah setiap bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah dapat harta dunia, anak tergamak gores hati ibu... Makin sombong lepas siap ubah suai rumah pusaka!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa”Pun begitu, dia keberatan bersetuju dengan hasrat ibu memberikan sebahagian hak rumah berkenaan kepada kakaknya apatah lagi mereka hanya tiga beradik."Macam mana pun aku tetap tak setuju dengan keputusan mak untuk bagi dekat kakak rumah itu," luahnya.Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meminta wanita itu melihat sumbangan kakaknya sebagai satu bentuk pengorbanan seperti mana dilakukan.Anak tidak puas hati ibu mahu hibahkan bahagian rumah kepada kakak.Dakwa dia bersusah payah menjaga ibu ketika kakak bekerja di luar negara.Kakak kirim wang untuk belanja rumah dan keperluan ibu setiap bulan.Terima RM2,000 sebulan daripada kakak sepanjang dia menjaga ibu.Netizen tegur wanita supaya tidak berkira soal pembahagian harta keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIIni kerana wang yang dikirim setiap bulan secara tidak langsung membantu meringankan tanggungjawab wanita itu sepanjang menjaga ibu mereka."Memang awak jaga emak tapi kakak awak memudahkan urusan menjaga. Jadi tiada isu tentang soal pengorbanan."Awak berdoalah supaya kakak tak berebut bahagian dia. Awak sentiasa ada rumah untuk berteduh sampai akhir usia."Lebih baik awak berbincang dengan kakak tentang hasrat mak, tengok apa pula pandangan dia. Janganlah cepat buruk sangka dengan keputusan mak," antara komen netizen.