USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa dia dan isteri, Datin Seri Shahida sering berdepan kejadian aneh setiap kali mengadakan kempen jualan mega. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata situasi itu menimbulkan tanda tanya apabila Shahida tiba-tiba mengalami alahan teruk sehingga seluruh badan dipenuhi bintik merah ketika waktu Maghrib pada malam Jumaat lalu. Kata Aliff, dia tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan perbuatan sihir akibat perasaan dengki pihak tertentu terhadap perniagaan mereka."Bila buat kempen jualan besar-besaran ini, macam ada orang yang dengki. Isteri saya tiba-tiba mengalami seperti alahan satu badan. Keluar bintik merah habis satu muka. Shahida (kanan) dan Aliff diuji dengan penyakit misteri setiap kali mengadakan kempen jualan mega."Tak mustahil ini adalah sihir sebab orang tak suka. Ini bukan gimik tau. Situasi ini berlaku pada waktu Maghrib. Kaki, tangan semua keluar bintik merah. "Dalam hati saya tertanya kenapa ni, oh bila kita buat kempen jualan besar-besaran orang tak senang. Saya tak mahulah cakap lebih-lebih tetapi dalam perniagaan benda-benda (sihir) ini memang normal," katanya kepada mStar. Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbsdi Wisma Dherbs, Kota Damansara pada Sabtu.Mengulas lanjut, Aliff berkata keadaan Shahida ketika itu cukup membimbangkan sehingga menyebabkan mereka sekeluarga panik dan menyangka isterinya mungkin mengalami demam denggi.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Anak-anak malu“ - Aliff Syukri sekeluarga stres kena ‘balun‘ susulan isu silap bacaan surahARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mohon maaf silap bacaan surah, tak jangka siaran langsung solat jadi tularBagaimanapun, dia terkejut apabila gejala tersebut semakin berkurangan sebaik sahaja mereka tiba di hospital."Anak saya pula baru masuk hospital, saya ingat isteri kena denggi. Sampai saja di hospital terus elok. "Kami dah menggelupur panik sampai beritahu pengurus untuk batalkan acara hari ini (Ahad) sebab lihat keadaan isteri dah memang teruk. "Tapi bila jumpa doktor bintik-bintik tu terus hilang, hanya tinggal kesan tak teruk macam waktu di rumah. Kami suami isteri niat saja nak buat benda baik (berniaga), semuanya serah kepada Allah," ujarnya. Tak mustahil ini adalah sihir sebab orang tak suka. Ini bukan gimik tau.DATUK SERI ALIFF SYUKRIUSAHAWAN SENSASIDalam pada itu, Aliff turut mendedahkan keluarganya pernah mengalami kejadian hampir sama apabila mereka sekeluarga berdepan masalah kesihatan secara serentak menjelang kempen jualan mega.Kongsinya, kejadian itu berlaku ketika dia dan Shahida berada di luar negara, manakala anak-anak mereka di rumah turut mengalami masalah mata bengkak dan sakit mata."Dulu sama juga kami sekeluarga pernah mengalami situasi pelik di mana mata kami jadi bengkak. Satu keluarga sakit mata. "Di rumah kan ada ramai pembantu dan pekerja tapi yang kena hanya kami anak beranak. Bukan sehari ya, nak dekat sebulan juga alami penyakit mata itu. Aliff (kiri) berkongsi cabaran yang dilalui dalam perniagaan bersama isteri."Tangan bengkak, keluar macam gegata. Waktu itu saya dan isteri di luar negara, tengok-tengok di rumah anak-anak pun kena. Tapi yang saya pelik pembantu rumah tak kena pula," katanya. Dalam perkembangan lain, perniagaan milik Aliff dan Shahida iaitu D’Herbs bakal menganjurkan Jualan Gudang Mega Hujung Tahun (Year End Sale) 2026 selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember depan.Jualan itu akan berlangsung serentak di dua lokasi iaitu Wisma D’Herbs, Kota Damansara, Selangor dan Rumah Alumni UTM, Skudai, Johor.Sepanjang penganjuran, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa dengan harga promosi serendah RM0.80 selain diskaun sehingga 80 peratus bagi barangan terpilih.