suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Choi Woo Shik ambil tindakan tuduhan kasari wanita, reputasi terjejas gara-gara fitnah

Choi bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.

PELAKON Korea, Choi Woo Shik bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan dakwaan kononnya dia bersikap kasar terhadap orang lain.

Menurut laporan Allkpop, agensinya, Fable Company menegaskan tindakan tegas akan diambil bukan sahaja terhadap individu yang membuat dakwaan asal, malah mereka yang menyebarkan semula atau memutar belit cerita berkenaan.

Susulan penyebaran dakwaan itu, Fable Company menerusi kenyataan di media sosial rasmi tampil menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara tersebut.

Choi sebelum ini didakwa bersikap buruk terhadap pramugari.

Agensi itu turut meluahkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat tidak sahih yang diputar belit sehingga mencetuskan khabar angin dan menjejaskan reputasi pelakon terbabit.

Fable Company turut menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menghasilkan maklumat palsu serta mereka yang menyebarkan semula hantaran atau mengulangi dakwaan berkenaan dalam bentuk lain.

“Memuat naik maklumat palsu secara sewenang-wenangnya atau memutar belit dan membesar-besarkan dakwaan secara berniat jahat untuk mencipta serta menyebarkan khabar angin merupakan perbuatan menyalahi undang-undang yang jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan lucah pelakon lelaki tular, pihak pengurusan ambil tindakan penyebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Ye Ryun berdepan kontroversi buli, agensi beri amaran tindakan undang-undang

“Perbuatan itu juga serius menjejaskan reputasi dan hak pelakon,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, seorang individu yang mendakwa dirinya pramugari membuat hantaran di Threads mendakwa pernah berdepan sikap kurang menyenangkan pelakon berkenaan ketika bertugas dalam sebuah penerbangan.

Hantaran itu kemudian tersebar luas di pelbagai komuniti dalam talian sehingga mencetuskan perdebatan dan persoalan mengenai kesahihan dakwaan berkenaan.

 

Artikel Lain