suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah percaya kawan.... Ruhainies rugi RM500,000 jadi mangsa penipuan pelaburan

Ruhainies menuntut hutang kepada rakannya berjumlah hampir separuh juta ringgit.

PELAKON Ruhainies mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan pelaburan membabitkan kenalan rapat sehingga mengalami kerugian hampir setengah juta ringgit yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata individu terbabit berhutang dengannya sebanyak RM498,000 dan dia memberi amaran akan menuntut setiap sen haknya tanpa membiarkan pihak berkenaan terlepas begitu sahaja.

“Setengah juta masih belum berbayar dan sekarang awak ada masalah yang lebih besar? Nampaknya hidup ini memang ada bahagian kutipannya yang tersendiri. Kifarah, saya rasa.

Hantaran Ruhainies di Insta Story pada Sabtu. 

“Walau apa pun masalah yang awak sedang hadapi sekarang, jangan fikir awak sudah terlepas. Awak masih berhutang dengan saya RM498,000 dan saya mahu setiap sen dibayar semula. Kifarah ada caranya, tetapi saya pun ada cara saya tersendiri,” katanya melalui hantaran Insta Story. 

Bagaimanapun, Ruhainies memilih untuk tidak mendedahkan identiti atau nama individu berkenaan secara terbuka.

Mengambil iktibar daripada insiden itu, Ruhainies mengakui kesilapannya kerana terlalu meletakkan kepercayaan dan mencampuradukkan hubungan persahabatan dalam urusan perniagaan.

Jelasnya, pengalaman tersebut mengajarnya bahawa berurusan dengan orang luar jauh lebih selamat berbanding individu yang disangka rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada yang ‘buat‘ muka pun“ - Ruhainies sangkal diboikot rakan artis rentetan kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ruhainies tak berdiam diri, tiga individu bakal berdepan saman RM3 juta... Tuntut permohonan maaf secara terbuka!

“Pengajaran yang saya belajar, jangan pernah campur adukkan persahabatan dengan pelaburan. Kadang-kadang lebih baik berniaga dengan orang asing berbanding orang yang kita rasa rapat.

“Namun tidak kira sejauh mana kita berhati-hati, kalau sesuatu perkara itu sudah ditakdirkan berlaku, ia tetap akan berlaku dan itulah kehidupan,” ujarnya.

Biarpun menanggung kerugian ratusan ribu ringgit, Ruhainies tidak mahu perkara itu terus mengganggu emosinya dan tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus mencari sumber kewangan.

Ruhainies mahu duitnya dibayar sepenuhnya. 

“Saya okey, bukan kerana saya tidak peduli tetapi saya memilih untuk tidak terlalu memikirkannya. Kesihatan mental saya jauh lebih penting daripada terus memikirkan apa yang telah berlaku.

“Daripada 10 pelaburan, sembilan daripadanya membuahkan hasil. Hanya kerana satu pelaburan tidak menjadi, tidak bermakna dunia sudah berakhir. Ia tidak bermakna saya patut berputus asa, hilang keyakinan pada diri sendiri atau berhenti percaya pada dunia perniagaan.

“Satu pelaburan yang gagal tidak akan memadamkan segala kejayaan, pengajaran dan pengalaman yang pernah saya capai sebelum ini. Tetapi awak tetap tidak boleh lari daripadanya,” ujarnya.

Artikel Lain