Tuan rumah sewajarnya melayan tetamu dengan baik sebagai tanda menghargai kesudian mereka meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. -Gambar hiasan AI
MAJLIS perkahwinan bukan sahaja meraikan pasangan pengantin tetapi menjadi ruang mengeratkan silaturahim bersama saudara-mara dan kenalan.Biasanya tetamu yang menerima jemputan akan meluangkan masa untuk hadir malah ada sanggup menempuh perjalanan jauh demi memenuhi undangan. Bagaimanapun, seorang wanita tidak dapat melupakan pengalaman menghadiri sebuah majlis perkahwinan dua tahun lalu apabila dia sekeluarga berdepan situasi tidak disangka-sangka."Aku sekeluarga iaitu mak, ayah dan adik-beradik dijemput untuk ke majlis pernikahan anak kepada saudara aku.Majlis perkahwinan bukan sekadar meraikan pasangan raja sehari, malah menjadi ruang untuk tuan rumah menghargai kehadiran tetamu. -Gambar hiasan AI"Kami berbesar hati sangat nak pergi, siap berpakaian sedondon dan konvoi empat buah kereta."Kami sampai pada waktu yang tepat tapi apa buat aku pelik adalah tiada sesiapa pun yang sedang duduk dan menjamu selera," kongsinya.Menurutnya, dia cuba mengambil minuman untuk anak kecilnya yang merengek namun dihalang pihak tuan rumah kerana ia hidangan dikhaskan untuk pengantin dan keluarga besan.ARTIKEL BERKAITAN: Dapat jemputan majlis kahwin anak buah di kedai makan, bapa saudara terus bersuara… Mula persoal jumlah wang hantaran!ARTIKEL BERKAITAN: Duit majlis kahwin nak kongsi, tapi jemputan pengantin perempuan terhad... Bakal mentua risau saudara-mara sendiri tak cukup makan"Serius tak lawak. Habis tetamu yang ramai-ramai datang untuk bersalaman saja ke? "Lepas itu, anak tuan rumah bisik dekat aku, kak kalau nak makan boleh tengok makanan di dapur. Ambil sendiri ya," ceritanya.Apa yang mengecewakan ujarnya, lauk-pauk diletakkan dalam periuk pula bertutup dan dia bimbang sekiranya hidangan tersebut dikhaskan untuk tetamu tertentu.Seorang wanita berkongsi pengalaman menghadiri majlis pernikahan saudara yang tidak dapat dilupakannya.Dia sekeluarga terkejut apabila makanan hanya dikhaskan untuk pengantin dan keluarga besan.Mereka hanya mengambil kuih-muih dan air kosong sebelum beredar mencari makanan di tempat lain.Wanita itu menegaskan perkongsiannya bukan untuk mengecam, sebaliknya berkongsi tentang adab tetamu dan tuan rumah.Dia berpesan agar tuan rumah tidak menjemput tetamu jika majlis hanya untuk keluarga terdekat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku ambil kuih-muih dan air kosong untuk family aku makan. Tak lama lepas itu, kami pun beransur balik dan singgah makan di tempat lain," ujarnya. Sekadar mengimbas kembali pengalaman berkenaan, wanita itu menjelaskan perkongsiannya bukan bertujuan untuk mengecam atau memburukkan mana-mana pihak.Sebaliknya, dia mahu mengajak orang ramai melihat perkara tersebut daripada sudut adab, baik sebagai tetamu mahupun tuan rumah."Pesanan untuk diri sendiri, bukan soal makanan, tapi adab dalam meraikan. Pesanan buat tuan rumah, kalau nak buat tertutup, tak perlu jemput ya," akhirinya. Ber