suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja terkejut dengar budak ‘intern’ sembang dengan bos... Tak mahu majlis perpisahan, lebih suka kalau syarikat bagi duit je!

Latihan industri memberi peluang untuk pelajar membuat persediaan sebelum ke alam kerja. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua pelajar beruntung apabila diraikan oleh majikan serta senior pada hari terakhir menjalani latihan industri.

Menurut seorang wanita, pelajar praktikal di tempat kerjanya menolak pelawaan bagi meraikan hari terakhirnya di syarikat itu.

Lebih memalukan, dia mendakwa pelajar itu turut membuat permintaan tidak masuk akal bagi menggantikan majlis makan-makan berkenaan.

Pelajar sepatutnya menunjukkan sikap terpuji ketika sedang menjalani latihan industri. -Gambar hiasan AI

"Bos kata petang esok nak keluar makan di restoran sebab ada pelajar dah habis praktikal. Nak buat majlis perpisahan secara santai.

"Budak tu jawab tak payah buat sebab esok dia nak balik awal. Dia minta bos bagi duit je. Bos tanya duit apa? Dia kata duit bajet yang nak belanja makan tu.

"Dia minta bos masukkan ke akaun bank miliknya sebab tak jadi majlis makan-makan. Saya terus tengok bos, bos tengok saya.

  • Wanita kongsi cerita tentang pelajar praktikal di tempat kerjanya.
  • Pelajar itu menolak pelawaan makan-makan sempena hari terakhirnya praktikal.
  • Tanpa segan silu, pelajar itu meminta bos memindahkan wang ke akaun bank miliknya.
  • Ramai yang menyelar sikap pelajar zaman sekarang yang didakwa kurang adab.

"Entah kenapa. Saya rasa malu dengar ayat budak praktikal tu," kongsi wanita itu.

Kisah berkenaan dimuat naik di aplikasi Threads sehingga ia dihujani lebih 300 komen netizen.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan pelajar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘intern’ angau dengan abang senior berstatus suami orang, ‘cair’ kerap hantar balik lepas kerja - “Dia kesian, anggap aku adik”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej sedih dipalau rakan sekerja, ‘intern’ hampir tamat tapi dianggap macam tak wujud... Sia-sia berhabis duit sediakan hadiah

"Ini yang dikatakan budak zaman sekarang jenis terlalu berterus-terang sampai hilang adab. Sebab itu saya berhenti ambil pelajar praktikal.

"Begitulah budak-budak zaman sekarang. Kita dulu nak bercakap banyak pun berfikir banyak kali, lebih-lebih lagi dengan orang atasan.

"Saya yang tak ada kena mengena phn rasa malu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain