LANTANG bersuara membahaskan isu semasa, penyanyi Kunto Aji memberitahu dia tidak terlepas daripada serangan kecaman pelbagai pihak di media sosial.Biarpun begitu, menurut Kunto, 39, setiap kata-kata yang dilemparkan tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berkongsi pandangan secara terbuka. Bukan sekadar kecaman, penyanyi ini juga pernah berdepan situasi pelik apabila secara tiba-tiba menerima banyak penghantaran makanan ke rumahnya susulan satu kenyataan yang dibuat.Kunto Aji menjadi media sosial untuk berkongsi pendapat. "Memang tidak masuk akal. Tiba-tiba ada penghantaran makanan ke alamat rumah saya dan semuanya belum dibayar.“Banyak sangat makanan tiba-tiba dihantar ke rumah ketika satu perkara sedang hangat diperkatakan,” katanya.Bercakap lanjut, Kunto juga berpendapat statusnya sebagai seorang selebriti perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mewakili suara rakyat.ARTIKEL BERKAITAN: Pening kepala duduk rumah, pelakon tak malu cari duit sampingan pandu e-hailing ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikotBukan sekadar menerusi penghasilan karya kreatif, malah media sosial juga memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesuatu."Pada pandangan saya, pemuzik mempunyai tanggungjawab. Kita sebagai individu yang mewakili suara masyarakat di luar sana, termasuk golongan yang tidak mampu bersuara, perlu menyampaikan segala keresahan itu.“Jadi, jangan biarkan suara-suara itu hanya terpendam begitu sahaja. Sebaliknya, kita perlu membawanya keluar supaya didengari,” jelasnya.