suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner bina rumah permainan mewah untuk anak-anak, kediaman RM70 juta hampir siap

Kylie teruja mahu masuk rumah baharu bersama anak-anak.

KEDIAMAN baharu bintang realiti, Kylie Jenner menarik perhatian ramai apabila membina rumah permainan mewah khas untuk dua anaknya di rumah agam miliknya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut laporan The Sun, rumah agam berkonsepkan seni bina Itali itu terletak di kawasan Hidden Hills, California dan dibina di atas tanah seluas kira-kira lima ekar.

Menariknya, kediaman berkenaan turut dilengkapi sebuah rumah permainan bersaiz besar serta kawasan halaman khas untuk anak-anaknya.

Antara foto yang dipercayai keadaan rumah baharu Kylie.

Lebih mengundang teruja ramai apabila beberapa foto rumah permainan bersaiz besar itu juga sudah mula tular di media sosial.

Kylie, 29, difahamkan membeli hartanah tersebut pada April 2020 dengan harga AS$15 juta (kira-kira RM70 juta) dan kediaman berkenaan dibangunkan sejak hampir enam tahun lalu dijangka hampir siap sepenuhnya.

Malah kediaman berkenaan akan menjadi tempat tinggal Kylie bersama dua cahaya matanya, Stormi Webster, 8, dan Aire Webster, 4.

Sebelum ini, Kylie tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila projek pembinaan yang dinantikan sejak sekian lama itu bakal disiapkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dada Kylie Jenner nampak pelik, netizen syak implan pecah!

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal buat pembedahan kosmetik, Kylie Jenner harap anak tak ulang kesilapan lama

Dia juga tidak sabar untuk berpindah masuk dan menikmati kediaman baharunya bersama anak-anak.

Untuk rekod, Kylie mempunyai dua anak hasil hubungan bersama penyanyi rap Travis Scott.

Walaupun sudah berpisah pada awal 2023, kedua-duanya masih menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dalam membesarkan Stormi serta Aire.

Artikel Lain