PENAMPILAN bintang realiti Kylie Jenner di festival Coachella Valley Music and Arts Festival sering menjadi perhatian ramai, namun kali ini bukan mengenai fesyen yang digayakan ke acara itu.Sebaliknya, netizen berbual mengenai kejanggalan pada bahagian dada Kylie yang menimbulkan kebimbangan ramai. Menerusi beberapa foto yang tersebar di media sosial, Kylie dilihat mengenakan baju 'crop top' sekali gus menampakkan payudaranya.Keadaan Kylie membimbangkan peminat.Bagaimanapun rata-rata peminat menyedari payudara Kylie terlihat tidak sekata sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa implan yang digunakan mungkin mengalami masalah.Rata-rata netizen mempersoalkan perubahan tersebut, malah ada yang mendakwa ia kelihatan berketul dan berbeza daripada kebiasaan."Kenapa payudara dia berketul-ketul? Implan dia tak menjadi ke?ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Kylie Jenner dan Timothee Chalamet didakwa berakhir, ramai buat spekulasi palsu ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar ibu di usia muda, Kylie Jenner derita kemurungan selepas bersalin"Dia tak sedar implan dia pecah ke? Tak bahaya ke dibiarkan macam itu?” antara komen netizen.Untuk rekod, Kylie sebelum ini memberitahu dia menjalani pembedahan pembesaran payudara pada usia muda, sekali gus mengesahkan penggunaan implan silikon.Setakat ini, Kylie belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube