PENAMPILAN terbaharu pelawak Kim Shin Young yang dilihat semakin berisi menimbulkan kebimbangan ramai selepas dia berjaya menurunkan berat badan sehingga digelar sebagai seorang ikon.Menurut Shin Young, 43, satu detik penting dalam hidupnya yang berlaku tahun lalu membuatkan dia melupakan hasrat untuk terus menjaga pemakanan selain mengawal berat badan. Kehilangan sahabat baiknya iaitu pelawak Jeon Yoo Sung yang meninggal dunia pada September tahun lalu telah mengubah pendirian Shin Young tentang amalan diet.Kata-kata mendiang Yoo Sung (kanan) memberi kesan buat Shin Young. "Saya berada di sisi katil Jeon Yoo Sung pada saat-saat akhirnya. Dia berkata ingin menikmati makanan lazat ketika itu, namun tidak boleh. Katanya, jangan sekat diri daripada mengambil makanan yang saya mahu. Nikmati semua makanan dan hidup seperti yang diinginkan."Detik itu sangat menyentuh hati saya. Jadi saya mula berfikir, kenapa perlu sekat makan jika ini adalah kehidupan saya? Mengapa terlalu keras terhadap diri sendiri?"Walaupun bertambah berat badan, saya masih menjadi diri sendiri," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Memandu dalam keadaan mabuk, Nam Tae Hyun dipenjara setahun ARTIKEL BERKAITAN: Timbang berat badan tanpa seurat benang, Kim Sa Rang ada rekod harian kawal pemakananBagi Shin Young, kata-kata sahabatnya itu membuatkan dia sedar untuk lebih menghargai diri sendiri dan tidak hanya mengikut kehendak orang ramai.Biarpun tidak lagi mengamalkan diet, pelawak ini masih menjaga pemakanan agar sentiasa sihat.Shin Young dalam masa sama memberitahu dirinya banyak berubah sepanjang tempoh berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram."Sekarang saya makan apa sahaja yang dimahukan. Ketika berdiet dahulu, saya amat sensitif. Tetapi sekarang saya lebih tenang," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube