suria

Memandu dalam keadaan mabuk, Nam Tae Hyun dipenjara setahun

MAHKAMAH Daerah Barat Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap penyanyi Nam Tae Hyun selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Keputusan itu dibuat selepas hakim mendapati Tae Hyun melanggar Akta Lalu Lintas Jalan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain hukuman penjara, dia turut dikenakan denda sebanyak 1 juta won (kira-kira RM4,000).

Tae Hyun dianggap melakukan kesalahan berulang kali.

Menurut mahkamah, hukuman tersebut dijatuhkan kerana kesalahan itu merupakan pelanggaran berulang yang serius.

Malah, ketika kejadian, Tae Hyun masih berada dalam tempoh percubaan bagi kes berkaitan dadah.

Untuk rekod, bekas kumpulan Winner itu didapati memandu dalam keadaan mabuk pada April 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Nam Tae Hyun kembali menyanyi dibantah netizen, persembahan batal gara-gara terlibat kes dadah

ARTIKEL BERKAITAN:Masih dalam pemerhatian polis, Nam Tae Hyun ditangkap pula memandu dalam keadaan mabuk

Sebelum ini dia pernah didenda atas kesalahan sama pada tahun 2023, selain dijatuhi hukuman penjara pada tahun 2024 berkaitan penggunaan dadah.

Bagaimanapun, Tae Hyun tidak ditahan serta-merta kerana tidak dianggap berisiko untuk melarikan diri atau memusnahkan bukti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain