BELUM reda kes berkaitan penyalahgunaan dadah, penyanyi Nam Tae Hyun sekali lagi buat hal apabila dia terlibat dengan kesalahan jalan raya.
Memetik laporan media tempatan Korea Selatan, Tae Hyun ditahan pada 27 April lalu kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan.
Difahamkan kejadian berlaku berlaku selepas dia cuba memotong sebuah kenderaan lain ketika memandu di kawasan Gangbyeon Espressway menuju ke jambatan Dongjak.
Tae Hyun ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Hasil ujian saringan mendapati bekas anggota kumpulan Winner ini memandu dengan tahap alkohol dalam darah melebihi paras dibenarkan.
Pihak berkuasa memaklumkan dia bakal didakwa setelah siasatan lanjut dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Nam Tae Hyun kembali menyanyi dibantah netizen, persembahan batal gara-gara terlibat kes dadah
ARTIKEL BERKAITAN: Nam Tae Hyun langgar pemandu teksi, lari sebab memandu dalam keadaan mabuk
Tae Hyun kini masih lagi dalam tempoh pemerhatian selepas didapati bersalah dalam mengedarkan dadah secara atas talian yang dilakukan pada tahun 2022.
Pada 6 Mei lalu nama Tae Hyun juga mencuri tumpuan apabila kemunculannya semula dengan lagu baharu mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Acara yang sepatutnya berlangsung di West Bridge Live Hall, Seoul itu dibatalkan tanpa didedahkan punca sebenar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!