suria

Padah cium pipi Jin BTS, wanita berusia 50-an didakwa di mahkamah

Wanita warganegara Jepun didakwa atas kesalahan mencium Jin.

SEORANG wanita asal Jepun didakwa atas kesalahan melakukan gangguan tidak senonoh terhadap anggota kumpulan BTS iaitu Jin.

NHK World melaporkan wanita berusia 50-an itu didakwa mencium pipi Jin pada sesi bertemu peminat yang diadakan sehari selepas Jin menamatkan latihan ketenteraan pada 13 Jun tahun lalu.

Foto wantia berkenaan mencium Jin tersebar di media sosial dan tindakannya itu mendapat kritikan hebat sehingga ramai membuat laporan polis terhadapnya.

Jin tamat latihan ketenteraan pada 12 Jun tahun lalu.

Susulan itu, pihak polis di Korea Selatan melakukan siasatan sebelum dihantar kepada pendakwa raya atas tuduhan melanggar akta jenayah seksual.

Sebelum ini, Soompi melaporkan Balai Polis Songpa di Seoul mengesahkan menerima aduan itu menerusi Sistem Petisyen Kebangsaaan berhubung pelanggaran Akta Hukuman Keganasan Seksual. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat latihan ketenteraan 12 Jun, Jin BTS beri pelukan percuma buat 1,000 peminat bertuah

ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu cium Jin BTS rupanya ‘influencer’ Jepun, Army buat laporan polis

Pada 13 Jun tahun lalu, Jin menganjurkan acara bertemu peminat yang diadakan di Gimnasium Tertutup Jamsil, Seoul dan mengotakan janji memberi pelukan percuma kepada 1,000 peminat bertuah.

Majlis itu juga bersempena ulang tahun ke-11 penubuhan BTS dan penamatan latihan ketenteraannya pada 12 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain