SYARIKAT produksi Global Station memandang serius dakwaan gangguan yang dibangkitkan pelakon Puteri Balqis dan memaklumkan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi memahami situasi sebenar sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan.Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Global Station menegaskan setiap tindakan akan dilakukan secara adil dan bertanggungjawab, khususnya membabitkan perkara di bawah bidang kuasa penerbit. Pihak produksi turut mengambil maklum mengenai laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.Kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram milik Global Station."Langkah sewajarnya sedang diambil bagi memahami situasi yang berlaku sebelum sebarang tindakan secara adil dan bertanggungjawab dilaksanakan, khususnya terhadap perkara di bawah bidang kuasa pihak penerbit."Selain itu, satu laporan polis berhubung perkara ini juga telah diambil maklum. Sebagai pihak penerbit, Global Station bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan yang dijalankan," katanya.Dalam pada itu, Global Station menegaskan aspek keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam produksi sentiasa menjadi keutamaan.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sambut baik tindakan Global Station mahu siasat dakwaan, mohon maaf guna bahasa kasarARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi buat laporan polis, lantik peguam susulan dakwaan salah lakuPihaknya juga menghargai individu yang tampil berkongsi maklumat serta memberikan perhatian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial."Global Station mengambil maklum mengenai isu dan kebimbangan yang sedang diperkatakan di media sosial ketika ini."Keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam produksi ini sentiasa menjadi keutamaan dan dipandang serius."Pihak kami turut menghargai individu yang tampil berkongsi maklumat serta memberikan perhatian terhadap perkara ini," ujarnya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian.GLOBAL STATIONPRODUKSISehubungan itu, orang ramai turut diminta menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan mengelakkan sebarang spekulasi atau membuat andaian dengan mengaitkan isu berkenaan dengan mana-mana individu."Orang ramai dimohon agar menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan mengelakkan sebarang spekulasi selagi perkara ini belum menemui penyelesaian."Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian atau mengaitkan isu ini dengan mana-mana individu," katanya.Antara babak lakonan Zariff dan Puteri Balqis dalam drama Dua Nyawa.Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa kurang senang dengan sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa berlagak sombong serta sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.Dia juga mendakwa terpaksa berjumpa pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan.Untuk rekod, Puteri Balqis membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Zarif Ghazzi, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.TONTON VIDEO PILIHAN!