suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman CCTV sudah di tangan polis… Pentadbir, guru direhatkan susulan kematian pelajar

Fadhlina turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku kecuaian.

 

BEBERAPA pentadbir dan guru sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, Perak direhatkan sementara daripada tugas susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga pada Rabu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau turut mengarahkan Jemaah Nazir turun ke sekolah berkenaan pada Khamis bagi meneliti aspek pengurusan serta pematuhan prosedur keselamatan.

Menurutnya, kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian disahkan berfungsi dengan baik dan rakamannya sudah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.

"Saya baru selesai mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 3 SBP di Kuala Kangsar ditemukan maut dalam sekolah

"Kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian disahkan berfungsi dengan baik dan rakaman sudah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada malam Rabu.

Pemeriksaan bedah siasat dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi Khamis.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akan dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat.

Sokongan psikososial turut diberikan kepada mereka yang terkesan dengan kejadian tersebut.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

"Saya tegaskan bahawa Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan sekiranya dibuktikan melalui siasatan.

"Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Artikel Lain