suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama tinggalkan dunia radio, Linda Onn tak putus harapan kembali ke konti... “Tak rindukah suara saya?”

Linda masih menanti tawaran untuk kembali ke radio.

LAMA meninggalkan bidang penyiaran, penyampai radio Linda Onn mengakui masih menyimpan hasrat untuk kembali ke konti sekiranya menerima tawaran yang bersesuaian.

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 49, berkata, bidang radio cukup dekat di hatinya memandangkan ia merupakan kerjaya pertama selain menjadi sumber rezeki buatnya sejak dahulu lagi.

"Tak pernah patah harapan atau putus asa sebab radio memang punca rezeki saya dari dulu. Kerja pertama saya pun dalam bidang itu. Memang radio jiwa saya.

Linda selesa sibukkan diri dengan perniagaan.

"Kalau ada tawaran, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak beraksi semula. Tak rindukah suara saya?" katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Linda memberitahu dia kini lebih banyak terlibat sebagai juri dalam sesi uji bakat berbanding mengendalikan rancangan radio.

Bagaimanapun, dia terbuka menerima tawaran untuk kembali aktif dalam industri hiburan sekiranya peluang itu bersesuaian dengan masa dan komitmennya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 20 tahun buka restoran, Linda Onn bawa masuk dapur sediakan nasi ayam... Cerita cabaran dunia bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup ini tak bebas macam dulu dik” - Linda Onn

"Macam baru-baru ini pun ada yang telefon tanya sama ada saya masih berminat atau tidak lakonan. Saya cakap, kenapa tidak?

"Kalau sesuai dengan masa dan sebagainya, kita pergi dan buat. Kerja kita dalam industri hiburan memang tak boleh lari.

"Cuma sekarang saya lebih banyak jadi juri uji bakat sajalah," ujarnya.

Saya buat semua itu sekadar suka-suka supaya tak bosan.

LINDA ONN

PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, Linda berkata, dia memilih untuk mengisi masa lapang dengan menghasilkan piza selain menguruskan perniagaan nasi ayam yang diusahakannya.

Menurutnya, idea menjual piza tercetus selepas menerima galakan daripada netizen yang sering mengikuti aktiviti memasaknya menerusi siaran langsung di media sosial.

"Tak ada niat atau cita-cita nak jual piza, tapi netizen yang suruh saya jual sebab selalu buat siaran langsung.

Linda sentiasa rindukan konti radio.

"Saya buat semua itu sekadar suka-suka supaya tak bosan. Saya memang suka sibukkan diri. Dulu setiap hari bekerja di radio, televisyen, berlakon dan sebagainya.

"Bila tak sibuk, itu bukan Linda Onn. Linda sentiasa 'on', jadi saya cari aktiviti untuk isi masa," jelasnya.

Sekadar info, Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio pada 1998 sebelum menamatkan perkhidmatannya dalam bidang penyiaran pada 2020.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain