suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebar seperti tiga buah kapal terbang, ada pancaran cahaya terang... Wanita dakwa lihat UFO terbang dekat kawasan rumah

Pelbagai teori konspirasi dikaitkan dengan penampakan objek terbang tidak dikenali atau UFO. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mendakwa dia dan keluarganya menyaksikan objek terbang tidak dikenali (UFO) bersaiz besar berhampiran kediaman mereka.

Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai S, objek berwarna perak itu dilihat terapung di ruang udara pada waktu malam, 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, kejadian yang didakwa berlaku di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat itu mula menjadi perhatian selepas ia didedahkan pada Selasa.

Dakwa S, objek itu kelihatan seperti sedang jatuh dari langit, mempunyai dua cahaya terlampau terang dan sebahagian strukturnya kelihatan lutsinar.

"Saya nampak sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini jatuh dari langit. Seolah-olah seekor burung ditembak sebelum menjunam ke bawah.

"Saya terus memberitahu pasangan dan anak perempuan bahawa ada sesuatu jatuh dari langit," katanya menerusi laporan yang dikemukakan kepada Pusat Pelaporan UFO Kebangsaan (NUFORC).

Saksi menganggarkan objek itu mempunyai lebar bersamaan tiga buah kapal terbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Wanita rakam bintik cahaya di atas langit, anggap bukti UFO - “Bukan sesuatu yang semula jadi”

Selepas kejadian itu, S mendakwa dia mengalami loya serta kesukaran mengimbangi badan, manakala anak perempuannya mengalami sakit kepala sepanjang malam.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan kembali pulih pada keesokan harinya.

Semakan menerusi aplikasi FlightRadar24 pada tarikh itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti penerbangan yang berkaitan.

Susulan itu, kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai fenomena anomali yang tidak dapat dijelaskan. -Agensi

Artikel Lain