suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tegur ibu kanak-kanak autisme di taman permainan, pekerja dakwa diugut dengan LOD - “Saya hanya tegakkan peraturan”

Setiap premis pastinya mempunyai peraturan tersendiri. -Gambar hiasan AI

PASANGAN yang memiliki anak istimewa, penerimaan dan layanan orang sekeliling menjadi salah satu cabaran perlu mereka tempuhi.

Pada masa sama, mereka juga tidak sepatutnya menggunakan anak sebagai alasan untuk bertindak sesuka hati atau mengharapkan layanan istimewa.

Dakwa seorang wanita yang dipercayai pekerja sebuah taman permainan berbayar, dia pernah diancam tindakan undang-undang selepas menegur ibu kepada kanak-kanak autisme.

Ibu bapa tidak sepatutnya guna alasan anak istimewa untuk bertindak sesuka hati. -Gambar hiasan AI

"Seorang pelanggan pernah ugut nak saman gara-gara saya pertahankan polisi yang mewajibkan pengunjung pakai stokin di taman permainan tempat saya bekerja.

"Nak masuk taman permainan, tapi anak autisme dia tak nak pakai stokin. Dia ugut nak ambil tindakan undang-undang. Dia kata ada firma guaman, siap ambil gambar saya dan premis," dakwa wanita itu.

Selain ugutan berkenaan, individu itu mendakwa hatinya turut terluka apabila dilemparkan dengan kata-kata serta doa yang tidak baik.

  • Wanita kongsi cerita ragam pelanggan yang datang ke taman permainan.
  • Sebagai pekerja, dia mendakwa pernah diugut oleh ibu kanak-kanak autisme.
  • Dia mendakwa si ibu berang kerana anaknya disuruh memakai stokin di premis itu.
  • Pengadu berkata dia diugut dengan surat saman kerana menegakkan polisi premis.

"Dia kata sesuatu yang melukakan saya sebab saya tiada anak autisme. Dia kata semoga satu hari nanti saya tak dapat anak autisme juga. Saya hanya tegakkan peraturan yang ditetapkan pihak pengurusan. 

"Mujurlah pengarah pertahankan saya. Pengarah kata peraturan tetap peraturan. Dia siap kata saya boleh saman pelanggan itu balik sebab ambil gambar saya tanpa kebenaran," imbas wanita itu lagi.

"Kejadian itu sejujurnya memberi kesan. Kadang saya risau nak layan ibu bapa yang ada anak autisme. Tapi saya faham, tak semua ibu bapa macam itu," cerita wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak autisme baring hujung kaki, bapa tiri halau sambil tendang kepala! Ibu menyesal kahwin baharu, zuriat istimewa didera depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu sedih murid autisme datang sekolah tak mandi, pakai kasut koyak... Hati makin kecewa lepas GPK semak fail butiran peribadi

Hantaran di aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai reaksi netizen.

"Hanya kerana anak anda autisme, itu tidak bermakna anda boleh sesuka hati melakukan apa sahaja tanpa perlu mematuhi peraturan.

"Ibu bapa anak istimewa memang banyak peluang untuk kumpul pahala. Tapi bila mereka tak berlaku adil dengan orang lain, pahala boleh bertukar jadi dosa," tulis netizen.

Artikel Lain