suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Khadam’ raih 12 pencalonan FFM35, pengarah Shamyl Othman harap penulis skrip dan komposer bawa pulang trofi

Shamyl (kanan) meletakkan harapan tinggi kepada penulis lakon layar filem Khadam.

PENGARAH Shamyl Othman meletakkan harapan tinggi kepada penulis lakon layar, Fariza Azlina Isahak dan komposer Rendra Zawawi berjaya membawa pulang trofi kemenangan menerusi filem seram arahannya, Khadam pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Shamyl, 46, berkata kualiti penulisan luar biasa yang ditulis Fariza sememangnya layak diiktiraf menerusi kategori Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik, manakala Rendra bagi kategori Skor Muzik Terbaik serta Lagu Tema Terbaik.

"Saya mengharapkan Fariza dapat memenangi kategori Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Begitu juga Rendra Zawawi untuk kategori Skor Muzik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.

"Bagi saya, Fariza sebagai penulis lakon layar menghasilkan naskhah yang sangat hebat. Jadi, saya memang berharap dia dapat membawa pulang kemenangan," katanya kepada mStar. 

Shamyl meluahkan rasa syukur apabila Khadam meraih 12 pencalonan pada FFM35.

Shamyl meluahkan rasa syukur apabila Khadam meraih 12 pencalonan pada FFM35.

Shamyl berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Program Pesona Sinema sempena FFM35 anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah pada Selasa. 

Program itu menampilkan Shamyl dan dua lagi pelakon iaitu Nad Zainal dan Idan Aedan sebagai panel. 

Dalam pada itu, Shamyl meluahkan rasa syukur apabila Khadam meraih 12 pencalonan pada FFM35.

Biarpun tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan persaingan sengit tahun ini, pengarah itu berpendapat kekuatan utama naskhah tersebut terletak pada keserasian dan hala tuju seluruh produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Malam Terlarang‘ & ‘Khadam‘ ungguli Top 5 FFM35, empat legenda seni bakal diiktiraf di malam kemuncak

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak kagumi bakat Aghniny Haque, isteri beri galakkan terima watak Awang

"Saya terharu dan berbangga dengan seluruh pasukan serta pelakon yang bertungkus-lumus menghasilkan filem ini. Akhirnya, usaha mereka mendapat pengiktirafan sebegini.

"Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau tidak pun, sekadar dicalonkan sudah cukup baik bagi saya.

"Saya rasa semua yang terbabit mempunyai pemahaman serta hala tuju sama ketika menghasilkan filem ini. Jadi, hasil kerjasama itu dapat dilihat dan mungkin itulah antara kekuatan Khadam," ujarnya.

Menjawab mengenai kemungkinan menghasilkan sambungan bagi filem berkenaan, Shamyl memaklumkan dia belum mempunyai sebarang perancangan ke arah itu. 

"Jika mahu menghasilkan sekuel, ia bergantung kepada sama ada ada cerita yang benar-benar berbaloi untuk diketengahkan. Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan ke arah itu," jelasnya.

Program Pesona Sinema Festival Filem Malaysia ke 35 (FFM35) diadakan di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Program Pesona Sinema Festival Filem Malaysia ke 35 (FFM35) diadakan di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menerusi FFM35, karya terbitan Redfilms dan Komet Productions bersama beberapa syarikat produksi lain itu tercalon dalam kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Shamyl), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf) serta Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Selain itu, Khadam turut tersenarai dalam kategori Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Filem tersebut bakal berdepan saingan sengit dengan sebuah lagi naskhah seram iaitu Malam Terlarang apabila kedua-duanya mendominasi senarai pencalonan akhir menerusi 12 daripada keseluruhan 25 kategori dipertandingkan.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain