suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M. Nasir jauhi asap rokok, pernah tegur dan marah perokok... Tegas soal kesihatan

M. Nasir memilih untuk mengutamakan kesihatan diri.

AMALAN gaya hidup sihat dan disiplin diri yang diterapkan sejak usia muda menjadi kunci utama maestro muzik Datuk M. Nasir kekal bertenaga biarpun berdepan jadual kerja seni yang padat.

M. Nasir, 68, berkata selain aktif bersukan, dia juga berpendirian tegas menjauhi tabiat merokok bagi menjaga kesihatan tubuh badan. 

"Sebelum menceburkan diri dalam bidang hiburan, saya sangat aktif dalam sukan terutama bola sepak. Sukan lain pun saya sertai. Apabila sudah memasuki bidang hiburan, saya masih aktif bersukan, tetapi lebih kepada bersenam.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan cara saya menjaga diri, tetapi ada beberapa disiplin yang saya amalkan. Antaranya, saya sentiasa cuba menjauhi perkara yang tidak baik untuk tubuh badan seperti merokok.

M. Nasir mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan.

"Saya percaya perkara seperti itu boleh merosakkan kesihatan. Mungkin sejak awal lagi saya memang tidak merokok, tetapi itu tidak bermakna saya seorang yang sentiasa sihat. Dari semasa ke semasa, ada juga masalah kesihatan yang saya alami," katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 pada Isnin. 

Dalam pada itu, M. Nasir tidak menafikan cabaran besar untuk kekal bebas daripada asap rokok apabila persekitaran kerja sering dikelilingi individu yang mengamalkan tabiat berkenaan.

Malah, M. Nasir mendedahkan pernah bertengkar serta memarahi rakan sekerja yang tidak mengendahkan tegurannya sebelum mengambil pendekatan menjauhkan diri demi menjaga kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh suka-suka hantar“ - M. Nasir saran kaji kehendak pertandingan sebelum utus wakil 

ARTIKEL BERKAITAN: M. Nasir kenang perjalanan seni hampir lima dekad, 3,000 karya bukti kecintaan terhadap muzik

"Memang sukar. Saya sering bertengkar dan bergaduh dengan mereka. Ada kala saya memarahi mereka kerana ketika itu saya berada dalam kedudukan untuk menegur, tetapi ada yang tidak mengendahkannya.

"Jadi, saya sendiri perlu mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada berada terlalu dekat dengan mereka terutama ketika mereka sedang merokok," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, M. Nasir bakal menghiburkan peminat menerusi konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 yang diangkat sebagai wadah apresiasi terhadap budaya serta khazanah muzik tanah air.

M. Nasir bakal menghiburkan peminat menerusi konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5.

Konsert anjuran Lunchai Emas Sdn Bhd dengan sokongan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKD) Persembahan Muzik daripada MyCreative Ventures itu dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 5 Disember depan.

Persembahan mega berkenaan bakal mengangkat semula 30 karya ikonik M. Nasir yang diberi sentuhan segar menerusi kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di bawah pimpinan Mohd Rafi Shafie selaku pengarah muzik.

Konsert itu turut dimeriahkan dengan penampilan barisan artis jemputan hebat termasuk Hazama, Ernie Zakri,Luca Sickta, Kmy Kmo, JoBranko, Kid Search, Pitahati dan Pi’e Ramayan.

Artikel Lain