suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 15 tahun menanti, isteri Achey akhirnya hamil... Syukur IVF kali kedua berjaya

Achey (dua dari kanan) berkongsi berita gembira saat isteri dimaklumkan hamil.

PELAWAK Achey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Anne, akhirnya disahkan hamil selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.

Enggan mendedahkan usia kandungan isterinya, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 38, bagaimanapun memaklumkan bayi mereka dijangka dilahirkan pada Hari Raya Aidiladha tahun depan.

Terharu dan bersyukur atas kurnian rezeki itu, Achey berkata dia menghargai pengorbanan isterinya yang melalui pelbagai cabaran sepanjang proses rawatan IVF.

Hasanah melakukan IVF kedua pada Jun lalu.

Hasanah melakukan IVF kedua pada Jun lalu.

"Tak tahu nak kongsi rasa apa sekarang. Gembira, sedih, semuanya bercampur-baur sokongan masyarakat juga sangat luar biasa, ramai yang memberikan sokongan kepada isteri saya, memang saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT.

"Saya sebenarnya nak berterima kasih kepada isteri saya kerana dia banyak berkorban, berusaha untuk memberikan sesuatu kepada keluarga kecil kami, isteri saya berusaha walaupun IVF ini merupakan usaha terakhir kami, badan dia sakit, macam-macam yang perlu dilalui sepanjang proses IVF.

"Raya Haji ini jadi apabila sebut Raya Haji, peminat sudah boleh membuat kiraan sendiri, tinggal beberapa bulan sahaja lagi bayi akan lahir," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalani IVF kali kedua, isteri sebak lihat pengorbanan Achey urus rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya agak moody, harap itu tandanya” - Achey penat ambil alih tugas urus keluarga sejak isteri jalani IVF, Anne berdebar tunggu keputusan

Dalam pada itu, Achey turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT selepas dia dan isteri tidak pernah putus berdoa serta menyimpan harapan untuk menimang cahaya mata selama 15 tahun lalu.

"Bukan sehari dua kami menunggu, bukan setahun dua kami berharap tetapi 15 tahun kami menyimpan impian sama. Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmah. 

"Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan... Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini (isteri). Hadiah terindah daripada Allah, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata. 

Achey (kanan) dan isteri bakal menimang cahaya mata pada Mei 2027.

Achey (kanan) dan isteri bakal menimang cahaya mata pada Mei 2027.

"Terima kasih ya Allah kerana tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Mu, syukur ya Allah," ujarnya. 

Pada Disember 2022, Achey memaklumkan isterinya pernah menjalani rawatan IVF dalam usaha mereka menimang cahaya mata, namun rezeki masih belum menyebelahinya. 

Untuk rekod, Achey dan Hasanah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Nur Tiara Zinnirah yang dijaga sejak 2018.

 

 

Artikel Lain