suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makcik van sekolah harap ibu bapa bayar yuran Disember, minta anggap bonus kerja keras ambil dan hantar anak sepanjang 11 bulan

Pengendali pengangkutan sekolah berbincang dengan seorang ibu tentang yuran pengangkutan Disember. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengusaha pengangkutan sekolah gusar apabila mengenangkan pendapatannya akan terjejas apabila tiba musim cuti sekolah pada Disember ini.

Jelasnya, kebanyakan ibu bapa memilih untuk tidak membuat pembayaran walaupun pengusaha pengangkutan sekolah sepertinya bergantung pada bayaran tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Situasi itu turut mendorongnya meminta ibu bapa membuat pertimbangan sekurang-kurangnya membayar separuh daripada yuran bagi bulan Disember.

Ia berikutan sesi persekolahan hanya akan berlangsung selama empat hari bulan depan sebelum cuti sekolah bermula.

Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab pengusaha pengangkutan. -Gambar hiasan AI

Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab pengusaha pengangkutan. -Gambar hiasan AI

"Sebagai makcik pengangkutan sekolah sepenuh masa, pendapatan saya memang sepenuhnya daripada gaji yang ibu bapa bayar untuk pengangkutan anak-anak mereka.

"Jadi saya memang mengharapkan pemahaman ibu bapa untuk bayar penuh atau separuh bagi bulan Disember," luahnya di Threads.

Jelasnya, wang berkenaan bukan sahaja untuk menampung perbelanjaan harian tetapi digunakan untuk membaik pulih van demi keselesaan murid.

Tidak hanya itu, dia turut berharap ibu bapa yang menggunakan perkhidmatannya menganggap bayaran berkenaan sebagai bonus penghargaan atas kerja kerasnya selama 11 bulan menghantar dan menjemput anak-anak mereka.

  • Seorang pengusaha pengangkutan sekolah meminta ibu bapa membayar penuh atau separuh yuran Disember walaupun sekolah hanya berlangsung empat hari.
  • Dia bergantung sepenuhnya pada yuran tersebut dan mempunyai komitmen bulanan yang perlu ditunaikan.
  • Wang itu akan digunakan untuk membaik pulih kenderaan demi keselesaan murid.
  • Dia berharap bayaran itu dianggap sebagai bonus penghargaan atas komitmennya menghantar dan menjemput murid selama 11 bulan.
  • Permintaan itu mencetuskan perdebatan di Threads. Seorang ibu bapa menganggap RM180 seorang kurang berbaloi untuk empat hari, lebih-lebih lagi apabila tiga anaknya menggunakan perkhidmatan itu.

"Anggaplah duit itu sebagai bonus penghargaan selama 11 bulan saya memberi komitmen 100 peratus untuk anak-anak dan memudahkan urusan ibu bapa setiap hari.

"Saya juga ada komitmen tersendiri," tambahnya seolah-olah merayu ibu bapa membuat pembayaran bulan depan.

Penjelasan dan rayuan diberikan wanita tersebut bagaimanapun membuka ruang perdebatan warga maya terutama golongan ibu bapa yang menggunakan khidmat pengangkutan sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ni dah tak boleh naik! Pemandu terpaksa ‘banned’ hantar budak sekolah, mak ayah buat tak tahu yuran sangkut 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah murah, tiada lesen! Wanita batal niat guna servis pemandu hantar anak ke sekolah - "Tak apa, saya ajar dia naik bas"

Meskipun ada bersetuju namun kebanyakannya berharap perkara tersebut tidak dinormalisasikan pengusaha bas sekolah berikutan mereka sudah mengetahui jadual cuti persekolahan.

"Maaf saya tidak setuju dengan alasan bonus dan bayaran penyelenggaraan. Jangan biasakan perkara yang tidak normal.

"Saya cutikan terus bulan 12 ini sebab sekolah pun hanya empat hari sahaja. Rasanya tak berbaloi nak bayar RM180 seorang. Saya ada tiga orang anak menggunakan bas sekolah.

"Saya tak setuju sebab hanya empat hari je. Lagipun cuti-cuti sekolah sebelum ini pun memang kena bayar penuh," antara komen netizen.

Artikel Lain