Ada segelintir suri rumah mengambil upah menghantar pelajar ke sekolah untuk mencari pendapatan sampingan. -Gambar hiasan AI
MENGAMBIL upah menghantar anak-anak ke sekolah sememangnya boleh menjadi sumber rezeki sampingan, namun pekerjaan ini menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi terutamanya apabila terpaksa berdepan dengan ragam ibu bapa pembayar yuran.Bagi seorang wanita, kesabaran yang dipendam selama tiga bulan akhirnya sampai ke penghujung apabila dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menghentikan perkhidmatan menghantar seorang pelajar ke sekolah. Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa dilakukan selepas ibu bapa pelajar berkenaan didakwa gagal menjelaskan yuran yang tertunggak selama tiga bulan.Lebih menyedihkan, keputusan itu bukan sahaja memberi kesan kepadanya, malah turut membuatkan dia berasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan seorang anak yang tidak berdosa.Kekangan tugas menyebabkan kebanyakan ibu bapa menggunakan perkhidmatan van sekolah untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah. -Gambar hiasan AI"Titik terendah aku sebagai penghantar budak sekolah, terpaksa break hati seorang anak."Aku ambil job hantar budak sekolah menengah, tak ramai. Cuma dua orang, tapi disebabkan perangai ibu bapa yang culas bayaran selama tiga bulan, aku diamkan dan aku sabar."Sudahlah culas bayaran, buat hutang pula dengan aku," luahnya dalam satu hantaran di Threads.Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu pada bulan pertama, ibu bapa pelajar berkenaan memberikan alasan kelewatan pembayaran adalah disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi mereka.Bagaimanapun, keadaan berubah selepas memasuki bulan kedua dan ketiga apabila mereka didakwa terus berdiam diri tanpa sebarang penjelasan mengenai bayaran yang masih tertunggak.ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu bayar PIBG RM100, penjaga dakwa anak dimalukan depan kelas – “Sumbangan ni wajib ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!"Aku pun bukan jenis meminta. Tapi setiap hujung bulan akan ingatkan bayaran. Parent just reply 'okay' dan tak inform apa-apa."Kalau beritahu lambat bayar, tak apa lagi. Tapi kalau diam ja, aku pun serba salah juga. Takut lama-lama ikhlas pun terbang pergi," katanya lagi.Dalam pada itu, wanita tersebut mengakui dia amat bersimpati terhadap nasib pelajar berkenaan kerana menjadi mangsa keadaan disebabkan sikap ibu bapanya.Namun, demi menjaga periuk nasi dan mengelakkan dirinya terus menanggung beban, dia akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan tersebut."Aku kesian dengan anak dia. Aku terpaksa keraskan hati beritahu hari ni last aku ambil dan hantar dia ke sekolah. Maaf ya anak, hati makcik tak kental," tulisnya.Seorang wanita yang ambil upah sebagai penghantar pelajar ke sekolah terpaksa hentikan perkhidmatan seorang pelajar.Puncanya, ibu bapa pelajar tersebut culas bayar yuran pengangkutan.Menurutnya sudah tiga bulan yuran tertunggak tanpa apa-apa makluman.Dia serba salah dan dilema namun enggan teruskan kerana bimbang tak ikhlas.Netizen menyokong tindakannya dan salahkan ibu bapa pelajar berkenaan. Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.Ada yang memahami situasi dan dilema wanita tersebut kerana pernah melalui pengalaman sama, namun ada juga yang memintanya agar berbincang dengan ibu bapa pelajar tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan."Kita senyap, dia ambil kesempatan pula. Betul dah tu tindakan sis. Kesian betul buat anak gitu."Aduh, kenapa parents tak cakna keperluan pendidikan anak-anak ni? Kesian dekat anak-anak nak pergi sekolah."Pelik parents macam ni, dia ingat driver free ke?" demikian antara komen netizen.