suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami suka ‘berjuang’ sendirian, makin bergelora tengok isteri tidur terkulai - “Tapi dia suka rakam!"

Suami tidak sepatutnya merakam aksi intim ketika bersama isteri. -Gambar hiasan AI

BERBICARA soal hubungan intim, setiap individu pastinya mempunyai fantasi, keinginan serta kecenderungan seksual yang berbeza-beza. 

Malah, ada segelintir individu yang memiliki fetish atau tarikan terhadap perkara tertentu walaupun ia mungkin dianggap pelik atau luar biasa oleh pandangan masyarakat umum.

Di platform X, seorang wanita mendakwa sudah beberapa kali menyedari tindakan suaminya melakukan hubungan seks ketika dia sedang tidur.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Penyebaran video lucah boleh memusnahkan kehidupan seseorang. -Gambar hiasan

"Kami baru kahwin tak sampai setahun. Aku nak tanya lelaki lain, normal ke kamu suka buat hubungan intim sewaktu isteri tidur?

"Macam suami aku, dah banyak kali dia buat. Kadang aku sengaja pura-pura tidur masa suami aku tengah baring main telefon.

"Tak sampai beberapa minit, terus dia tanggalkan pakaian dan mulakan aksi. Aku okey je, cuma fetish ni pelik," tulis wanita itu.

  • Seorang wanita dakwa suaminya memiliki kecenderungan seks yang aneh.
  • Dia mendakwa sudah beberapa kali dibogelkan oleh suaminya ketika tidur.
  • Dia berkata suaminya gemar melakukan hubungan seks ketika dia sedang lena.
  • Dia juga bimbang kerana suaminya gemar membuat rakaman aksi intim mereka.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut meluahkan rasa bimbang apabila mendakwa suaminya gemar merakam aksi intim mereka.

"Normal ke lelaki bernafsu tengok perempuan tidur terkulai macam tu? Memang normal ke fetish macam ni?  Masa aku pura-pura tidur, dia suka rakam perbuatannya.

"Macam mana aku tahu? Sebab aku pura-pura tidur je. Masa tu aku perasan flash kamera dan bunyi kamera recording. Apa patut aku buat?" tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial... Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidur

Di ruangan komen, pelayar X memberi saranan agar wanita itu berbincang dengan suaminya tentang perkara berkenaan.

"Jika rasa tak selesa atau terancam, beritahu suami. Jika dia masih rakam, boleh lapor polis.

"Yang jenis suka rakam ni, mesti dia ada share kat mana-mana. Memang fetish pelik.

"Dia rakam video untuk jual ke? Padamlah semua gambar dan semua rakaman tu," tulis netizen.

Artikel Lain