suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarang

Ada segelintir ibu mentua tidak suka menantunya berkongsi hal rumah tangga di media sosial. -Gambar hiasan AI

IBU mentua sering kali dikaitkan dengan stereotaip suka mengatur dan mencampuri urusan rumah tangga anak serta menantu.

Bagi seorang wanita, campur tangan yang berterusan dalam perkara kecil membabitkan hal keluarganya membuatkan dia berkecil hati dengan ibu mentuanya.

Terbaru, dia diminta memadamkan gambar swafotonya bersama suami yang dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

Memadam gambar pasangan di media sosial sering disalah tafsir dan dianggap rumah tangga beretakan. -Gambar hiasan AI

Memadam gambar pasangan di media sosial sering disalah tafsir dan dianggap rumah tangga sedang dilanda masalah. -Gambar hiasan AI

"Gambar selfie je dengan kapsyen rindu sebab suami tengah kursus. Tiba-tiba suami WhatsApp aku beritahu yang mak dia mesej suruh aku padam gambar tu.

"Dia screenshot WhatsApp mak dia tunjuk dekat aku. Dia pula setuju dengan apa yang mak dia cakap," luahnya.

 Wanita itu mengakui dia tidak terkejut kerana isu berkenaan sudah timbul sejak sebelum mereka berkahwin lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang suara buat ‘live’, setahun derita masalah telinga dan tekak... Menyesal tayang hasil affiliate, rupanya terkena penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Suka kongsi gambar makanan, wanita serabut sering ditegur ahli keluarga - “Penyakit ain celah mana?”

Menurutnya, dia memahami niat ibu mentuanya yang mahu mengelakkan pasangan itu terlalu mempamerkan kebahagiaan di media sosial.

"Aku ni suri rumah, dunia aku rumah dan anak-anak je. Dalam hati teringin juga nak kongsi gambar keluarga sebagai kenangan.

"Ini nak masuk 12 tahun kahwin pun masih dilarang kongsi gambar dengan suami. Dah kenapa?," katanya.

Enggan memanjangkan cerita, dia akhirnya mengalah dan memadamkan sahaja gambar berkenaan.

Ini kerana suaminya percaya bahawa dia pernah terkena penyakit ain sebelum ini, lalu mengaitkan hal tersebut dengan perkongsian di media sosial.

  • Wanita terkilan diminta padam gambar bersama suami di media sosial.
  • Larangan kongsi gambar suami berlarutan hampir 12 tahun.
  • Suami akur teguran ibu kerana bimbang terkena ain.
  • Gambar makanan juga pernah diminta dipadam.
  • Netizen cadang sembunyikan hantaran daripada ibu mentua.

Rupa-rupanya, sekatan itu bukan sekadar pada foto bersama pasangan.

Iini kerana ibu mentuanya juga pernah menegur dan memintanya memadamkan gambar makanan yang dimuat naik.

"Saya kongsi gambar hidangan sewaktu penerbangan, teringin sangat nak makan sebab tengah hamil. Saya letak kapsyen sedapnya.

"Sekali dia WhatsApp suami suruh elakkan kongsi gambar macam tu sebab mungkin orang lain tiada makanan nak makan," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpendapat wanita itu sebaiknya menyekat atau menyembunyikan semua perkongsian media sosialnya daripada diikuti ibu mentua.

"Hide je mak mentua atau orang seangkatan yang boleh jadi punca bawa mulut. Penyakit ain boleh datang dari orang terdekat juga," komen warga maya.

Artikel Lain