suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji RM1,600 tapi kerja 11 jam sehari... Guru tadika ‘heret’ majikan ke JTK selepas tipu caruman KWSP, Perkeso

Bebanan tugas ditambah pula dengan gaji yang tidak setimpal menjadi antara punca seseorang pekerja 'burnt out'. -Gambar hiasan AI

TUGAS sebagai pendidik awal kanak-kanak sememangnya menuntut kesabaran, komitmen dan pengorbanan yang tinggi.

Namun bagi seorang guru tadika, apa yang lebih menggores hati dan mengecewakan bukanlah bebanan kerja, sebaliknya layanan buruk didakwa diterima daripada pihak majikan sehingga membuatkan dia berasa begitu teraniaya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, guru berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap pelbagai isu yang didakwanya berlaku sepanjang hampir enam bulan berkhidmat di sebuah tadika.

"Tadika yang saya kerja menyakitkan. Masuk pukul 7 pagi. Balik pukul 6 petang. Bayar gaji RM1,600 sebulan.

Tadika atau pusat asuhan menjadi pilihan kebanyakan pasangan bekerja untuk menghantar anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Rehat tiga jam tapi belum tentu rehat sebab kena buat lesson plan, buat aktiviti untuk esok," dakwanya.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dipotong daripada gajinya seperti yang tertera pada slip gaji, namun semakan yang dibuat mendapati tiada sebarang caruman direkodkan.

"Dekat slip gaji tolak KWSP dan Socso (Perkeso). Apabila semak dekat apps KWSP dan Socso (Perkeso), tak masuk.

"Apabila staf persoalkan, play victim," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar mahal tapi cikgu tak ‘update’ gambar... Ibu terkilan anak ‘ghaib’ daripada grup WhatsApp tadika, macam tak wujud!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang simpati nasib adik kerja guru tadika... Gaji rendah, ‘owner‘ didakwa hidup mewah - "Yuran punyalah mahal"

Dalam pada itu, dia turut mendakwa majikannya pernah menjanjikan kenaikan gaji kepada RM1,700 selepas tempoh tertentu, namun perkara tersebut tidak ditunaikan.

"Apabila tanya mana janji nak bagi RM1,700 tu... senyap," ujarnya.

Menurut guru itu lagi, keadaan menjadi lebih rumit apabila pekerja yang mengemukakan notis berhenti kerja didakwa berdepan pelbagai kesukaran termasuk gaji disekat. 

Tidak lagi mampu bertahan dengan situasi tersebut, guru berkenaan memaklumkan bahawa dia akhirnya mengambil keputusan membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

  • Seorang guru tadika mendakwa menerima layanan tidak adil daripada majikan.
  • Dia mendakwa bekerja dari pukul 7 pagi hingga 6 petang dengan gaji RM1,600 sebulan.
  • Dia turut mendakwa potongan KWSP dan Perkeso dibuat pada slip gaji, namun tiada caruman direkodkan.
  • Malah, janji kenaikan gaji juga tidak ditunaikan oleh majikan.
  • Susulan itu, dia membuat laporan kepada JTK.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan wanita tersebut kerana disifatkan berani bagi memastikan haknya sebagai pekerja terbela.

Malah ramai turut bersimpati dengan nasib segelintir guru tadika yang menerima gaji rendah dan tidak setimpal dengan bebanan tugas.

"Kenapa pekerja taska atau tadika gaji rendah? Padahal mak ayah bayar mahal.

"Kebanyakan tadika tahu nak untung tapi kebajikan staf tak nak jaga.

"Saya bekas principle tadika swasta, gaji RM1,800 pun tak cecah. Pemilik kaut untung seorang," demikian antara komen segelintir netizen.

Artikel Lain