suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami ‘house husband’ tapi rumah bersepah, anak tak mandi... Isteri balik kerja pula kena buat semua - “Tunggu bini suap duit”

Pembahagian tugas dalam sesebuah rumah tangga perlu jelas untuk mengelakkan sebarang konflik antara suami isteri. -Gambar hiasan AI

ADA segelintir pasangan memilih untuk mengetepikan kebiasaan dengan memberi ruang kepada suami mengurus rumah tangga sepenuh masa manakal isteri pula menjadi tunjang utama mencari rezeki.

Namun demikian, ia hanya akan berhasil sekiranya kedua-dua pihak benar-benar memahami tanggungjawab masing-masing.

Di Threads, seorang individu berkongsi kisah mengenai rakan wanitanya menderita gara-gara keputusan menjadikan suami sebagai house husband akhirnya bertukar mimpi ngeri apabila lelaki itu gagal memikul amanah diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji minimum penanggung tunggal keluarga, balik kerja kena urus rumah pula... Bengang suami ‘house husband’ berat tulang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja pejabat, balik rumah asyik nak ‘membuta’ sampai senja... Minta jaga anak berkira, rupanya sakan ‘sex chat’ dengan skandal

"Aku ada seorang member ni, dia pembuat keputusan dekat sebuah syarikat multi nasional. Gaji lebat. Dia setuju letak suami dia sebagai house husband sebab fikir nak mudahkan urusan anak-anak. 

"Tapi apa jadi lepas setahun sumpah buat aku seram. Bila member aku ni balik kerja penat, rumah still bersepah, kain tak lipat, dan anak tak mandi. Alasan suami dia? I penat handle anak sorang tadi.

"Jantan tu ingat tugas house husband tu just duduk rumah main game sementara tunggu bini balik suap duit," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.

Menurutnya lagi, keadaan itu menyebabkan rakannya terpaksa memikul tanggungjawab berganda apabila bukan sahaja menjadi pencari nafkah utama, malah masih perlu menguruskan kerja-kerja rumah selepas pulang dari pejabat.

Golongan lelaki sewajarnya dididik melakukan kerja rumah sejak kecil agar mereka menjadi insan berdikari. -Gambar hiasan

Dia turut mendakwa suami rakannya semakin berubah apabila mula berasa rendah diri kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Lagi teruk, suami dia mula jadi insecure sebab tak bekerja. Akhirnya dia mula kawal duit isteri, buat isteri rasa bersalah kalau balik lambat, malah cuba sekat perkembangan kerjaya isteri atas alasan nak jaga maruah dia sebagai suami," dakwanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan menegaskan bahawa konsep house husband bukanlah salah, namun ia hanya akan berjaya jika individu yang memikul tanggungjawab tersebut benar-benar bersedia.

Malah, dia turut menasihatkan mana-mana wanita yang mahu mengamalkan konsep house husband agar menilai dengan teliti, berdasarkan pengalaman rakannya.

  • Seorang individu berkongsi rakannya menyesal menjadikan suami sebagai house husband.
  • Suami didakwa gagal mengurus rumah dan anak.
  • Isteri terpaksa menanggung tugas mencari nafkah serta mengurus rumah.
  • Individu itu menasihatkan wanita menilai sikap dan kemampuan suami sebelum amal konsep house husband.
  • Netizen menegaskan komunikasi dan pembahagian tugas sangat penting dalam sesebuah rumah tangga.

"Pertama, tengok bilik atau rumah sewa dia sekarang. Kalau kain baju pun mak dia yang uruskan, atau rumah sendiri macam reban ayam, jangan harap dia boleh jadi house husband yang efisien.

"Kedua, tengok cara dia urus tekanan. Mengurus rumah memang penat. Kalau jenis cepat marah dan mudah mengalah, bimbang anak pula yang menjadi mangsa apabila dia melepaskan geram," ujarnya lagi.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan peranan sebagai house husband sepenuh masa bukanlah mudah kerana ia menuntut komitmen, disiplin serta pengurusan masa yang baik.

Segelintir netizen pula mengingatkan pasangan yang memilih konsep itu agar berbincang secara terbuka mengenai pembahagian tugas, kewangan dan jangkaan masing-masing bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Artikel Lain