SETIAP insan mempunyai sisi berbeza tidak diketahui ramai kerana apa dipamerkan tidak semestinya menggambarkan apa sedang dilalui.Seorang wanita berkongsi mengenai bekas rakan sekerjanya yang sentiasa kelihatan ceria seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah dan menjadi penyeri suasana di pejabat. Menurutnya, rakan sekerjanya itu juga sering menjadi individu pertama memberi salam setiap kali masuk ke pejabat, paling kuat ketawa dan gemar bergurau dengan rakan-rakan lain.Tanggujawab yang sepatutnya dipikul suami terpaksa digalas isteri apabila mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI"Kalau ada yang tengah stress, dialah yang akan cakap alaa... rilek lah. Esok lusa kita semua kaya. Lepas tu satu pejabat gelak. "Kami pun ingat akak ni hidup mesti bahagia dan tak ada masalah langsung," kongsinya di media sosial.Namun, pandangan itu berubah apabila wanita berkenaan tidak hadir bekerja selama dua hari kerana suaminya dimasukkan ke hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya ‘hijab terbuka’, wanita baru sedar rakan pejabat penuh drama! Suka mengata belakang - “Dia harap aku jatuh!”ARTIKEL BERKAITAN: Galak hina rupa orang lain, lelaki ‘terpukul’ bila rakan ingatkan isteri sedang hamil - “Terus senyap member”"Petang itu kami datang melawat, sampai je sana baru tahu hal sebenar. Rupanya suami dia dah lama sakit, anak pula masih sekolah. "Setiap bulan dia ulang-alik kerja, jaga suami, urus anak, bayar macam-macam komitmen," katanya.Menurutnya, wanita itu tidak pernah berkongsi masalah atau mengeluh kepada rakan sekerja, malah tidak pernah menunjukkan wajah penat.Wanita ceria di pejabat rupanya berdepan suami sakit dan komitmen besar.Rakan sekerja terkejut selepas tahu kisah sebenar kehidupannya.Dia tidak pernah mengeluh walaupun memikul banyak tanggungjawab."Menangis pun masalah tak selesai" jadi kata-kata yang menyentuh hati.Senyuman seseorang tidak bermakna hidupnya tiada ujian.Ringkasan ini dijana oleh AI "Masa kami nak balik, aku sempat cakap kuatnya akak. Dia senyum, sama macam senyuman yang kami selalu nampak dekat pejabat. "Lepas tu dia cakap perlahan, kalau akak menangis depan semua orang pun, masalah akak tak selesai. Terus aku diam," katanya.Menurutnya, sejak kejadian itu dia tidak lagi mudah menilai kehidupan seseorang berdasarkan apa dilihat di luar."Kadang-kadang, senyuman itu bukan tanda semuanya baik-baik saja, tapi dia cuma sedang cuba kuat, walaupun hati dia sebenarnya tengah penat sangat," katanya.