BERKONGSI rezeki dengan ibu bapa selepas menerima gaji pertama sememangnya menjadi hasrat kebanyakan anak sebagai meringankan beban mereka.Seorang wanita turut berbuat demikian dengan memberikan RM200 kepada ibu dan bapanya sebaik sahaja menerima gaji pertama. Namun kegembiraan berkongsi rezeki itu tidak berpanjangan apabila bapanya didakwa mula kerap meminta wang sehingga membuatkan dia berasa terbeban."Bapa aku cakap jumlah itu tidak cukup. Jadi bulan seterusnya aku bagi RM300 sampai kena kurangkan RM100 untuk mak aku. Anak-anak pastinya tertekan jika tidak dapat memenuhi impian dan keinginan ibu bapa. -Gambar hiasan AI"Tapi esok lusa dia cakap tak cukup sebab kena bayar bil RM800."Dia minta aku bagi lagi RM200 tapi aku abaikan permintaan dia. Patutnya dia usaha sendiri. Dia kerja pandu e-hailing jadi ada masa fleksibel tapi dia malas."Lepas tu dia ada minta aku bagi RM100 dekat dia lagi sebab nak tambah nilai e-hailing dia pula. Aku buat tak tahu je. Dia cakap aku kedekut dan aku bukan anak yang berbakti," luahnya.Perkara itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada tindakan menolak permintaan tersebut menjadikannya seorang anak derhaka.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji mak ayah berpuluh ribu, anak bergaji kecil anggap dah tak perlu hulur duit- “Belanja aku pun cukup-cukup je”ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tanya gaji, kemudian ‘offer’ nak hulur RM10... Bapa terkejut dapat tahu helah anak - “Adik nak beli masa ayah 1 jam”Dalam perkongsian sama, wanita itu memaklumkan dia baru dua bulan bekerja sebagai graduan baharu dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.Dia turut mendedahkan bapanya pernah memujinya sebagai anak paling berbakti selepas menerima wang RM300 yang diberikan.Namun selepas menerima wang berkenaan bapanya didakwa mula kurang keluar bekerja dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah sebelum kembali meminta wang daripadanya."Lepas je dia dapat RM300 tu terus malas nak kerja e-hailing. Terbongkang dekat rumah.Bapa asyik minta duit, anak baru kerja digelar kedekut.Baru dua bulan kerja, anak buntu bapa kerap minta wang.Gaji RM2,000, anak tertekan bapanya sering minta duit.Niat kongsi rezeki bertukar beban, bapa didakwa kerap minta wang.Bapa minta duit berulang kali, anak persoal sekiranya diri derhaka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Siapa tanggung siapa ni? Berilah aku kesabaran tinggi dan jadikanlah bapa aku sebagai seorang ayah yang baik untuk keluarga," luahnya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang berpendapat seorang anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa mengikut kemampuan."Dalam kita berbakti, jangan sampai duit kita hidup tidak ada. Satu hari nanti awak pun akan ada anak, kehidupan berkeluarga. Kena fikir juga."Untuk yang ada ayah macam ini, dia tak akan fikir pun anak itu susah atau tak. Yang dia tahu, nak duit mesti ada. Akhirnya anak susah nak makan sampai tak ada duit," komen beberapa netizen.