SIKAP menghormati dan toleransi antara ahli keluarga penting bagi mengelakkan salah faham, lebih-lebih lagi apabila membabitkan soal membuat keputusan.Namun itulah dilema dikongsikan seorang wanita apabila mendakwa ibu mentuanya bertindak memotong rambut anak kesayangannya tanpa pengetahuan dan izinnya. Menurut wanita itu, dia hanya menyedari rambut anaknya yang tidak didedahkan jantina ini dipotong selepas melihat hasilnya yang tidak kemas."Mak mentua aku potong rambut anak tanpa pengetahuan. Tengok-tengok rambut anak aku dah senget dan tak sekata. Bila aku tanya, suami cakap dia yang suruh potong.Nenek mempunyai cara tersendiri menzahirkan kasih sayang terhadap cucu-cucunya. -Gambar hiasan AI"Alasan suami aku sebab mak dia kata rambut anak aku serabut. Tak ada sorang pun yang beritahu atau tanya aku termasuklah suami," ceritanya di Threads.Apa lebih mengecewakan ketika perkara itu dibincangkan, suaminya menganggap ia bukan isu besar dan tidak memahami mengapa isterinya berasa terkilan."Bila aku bincang dengan suami, dia cakap benda ni tak ada isu pun. Aku nak tahu apa pendapat anda semua kalau ada orang memandai potong rambut anak anda tanpa izin atau pengetahuan.ARTIKEL BERKAITAN: Cucu rimas nenek sakit kaki gigih nak ikut bercuti, merajuk jika ditinggalkan - “Jadi macam orang tua lain, duduk rumah diam-diam”ARTIKEL BERKAITAN: Cucu pelik nenek umur dekat 90 tahun kuat makan, selera luar biasa! Tengah malam selongkar dapur cari makanan"Anda semua rasa benda ini okey ke? Ke aku je yang melebih-lebih?" luahnya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil dengan pandangan berbeza mengenai isu berkenaan mengenai kewajaran perasaan wanita itu.Malah, ada juga sebahagian netizen pula melihat tindakan mentua berkenaan sebagai cara menunjukkan kasih sayang kepada cucunya.Mentua potong rambut cucu tanpa izin, wanita terkilan.Wanita kecewa mentua potong rambut anak tanpa pengetahuan.Suami anggap bukan isu, wanita persoal soal hormat.Potong rambut cucu tanpa berbincang, cetus perdebatan netizen.Tindakan mentua potong rambut cucu tanpa izin undang pelbagai reaksi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau saya, okay je sebab saya tahu mak saya sayang anak-anak saya macam anak sendiri. Jadi bagi saya tak ada masalah."Bagi saya, memang marah. Ini bukan soal potong rambut tapi hormat. Sekurang-kurangnya tanya dulu. Jurang tu kena ada. Suami pun jangan la bersetuju saja. Anak tu ada mak bapak."Perasaan akak tu betul je. Cuma dalam situasi ni benda sudah berlaku. Kalau pertama kali berlaku, akak cakap je elok-elok dengan suami dan mak mentua suruh minta izin dulu lepas ni," komen sebahagian netizen.