suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda bengang mangga depan rumah kena rembat, sekali sauk 2 guni! - “Tengok gaya macam orang Bangladesh”

Pemilik berhak untuk menegur orang yang datang mengambil hasil tanaman mereka tanpa kebenaran. -Gambar hiasan AI

BUAH-BUAHAN yang berbuah lebat dan masak ranum di halaman rumah pastinya akan menarik perhatian jiran tetangga serta orang sekeliling.

Namun bagi seorang pemuda, dia betul-betul hilang sabar dan bengang apabila ada individu tidak bertanggungjawab dengan selamba datang mencuri buah mangga milik keluarganya dalam kuantiti yang tidak masuk akal.

Menurut pemuda itu, dia dan keluarganya tidak kisah untuk berkongsi rezeki, namun ia haruslah berpada-pada dan tidak melampaui batas.

Pemilik pokok biasanya akan berkongsi rezeki dengan jiran-jiran apabila tiba musimnya. -Gambar hiasan AI

"Aku marah sebab orang luar ambil sampai dua guni. Pokok mempelam ini ditanam depan rumah kami. Aku tahan dan tanya dia.

"Dia kata jiran sebelah bagi kebenaran. Eh, kenapa dengar cakap jiran pula? Aku sendiri tuan pokok yang tak bagi. Dia kata ambil (dua guni) untuk makan seminggu.

"Aku bagi dia ambil satu guni je. Tapi memang banyak walaupun satu guni je. Dah la free dia rembat, kongsi pemuda itu menerusi aplikasi Threads.

  • Pemuda kongsi cerita pokok mangga depan rumahnya jadi sasaran pencuri.
  • Dia mendakwa pelaku merupakan warga asing, berkemungkinan orang Bangladesh.
  • Pelaku mengambil dua guni buah mangga, namun sempat ditegur dan dihalang olehnya.
  • Pemuda itu akhirnya memberi kebenaran untuk pelaku mengambil satu guni mangga sahaja.

Menurut pemuda itu, pelaku merupakan warga asing dan ia bukanlah kejadian pertama berlaku.

"Kali ini (pelaku) bukan orang tempatan. Tengok gaya macam orang Bangladesh. Sebelum ni orang Melayu yang buat benda sama. Orang tu kaut guna guni masukkan dalam kereta.

"Keluarga saya pun tak makan banyak macam ni. Kalau kaut banyak-banyak pun, kami sedekah untuk jiran dan kawan-kawan," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mengamuk, hilang sabar lepas dapat tangkap pencuri buah mangga! Makin geram apabila tengok wajah pelaku

ARTIKEL BERKAITAN: Gelabah aktiviti haram dihidu tuan rumah, pencuri mangga tergelincir jatuh pokok... Nyawa melayang kepala terhantuk pagar konkrit

Hantaran tular itu menerima pelbagai komen netizen, malah ada yang  membuat andaian pelaku mungkin mencuri buah untuk dijual bagi mengaut keuntungan mudah.

"Kalau ambil satu plastik boleh faham lagi. Ini dua guni dia curi. Kau nak jual ke?

"Dia nak jual la tu. Dapat untung free. Patut bagi dia 10 biji je," tulis netizen.

Artikel Lain