suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ingat telefon aku harta PIBG?” - Kesabaran cikgu di kemuncak, ibu pelajar ‘call’ paksa nak cakap dengan anak waktu tengah mengajar!

Ibu bapa tidak seharusnya menganggu guru semasa mengajar di dalam kelas. -Gambar hiasan AI

PERKONGSIAN nombor telefon peribadi oleh guru kepada ibu bapa bertujuan memudahkan urusan berkaitan pembelajaran serta perkara kecemasan, bukannya untuk digunakan sesuka hati pada bila-bila masa.

Seorang guru kelas wanita meluahkan rasa kurang senang apabila menerima mesej daripada seorang ibu yang didakwanya bersikap kurang beradab ketika menghubunginya semasa waktu pengajaran.

Menurut guru itu, ibu berkenaan tiba-tiba menghantar mesej meminta supaya telefon bimbitnya diberikan kepada anaknya kerana mahu bercakap secara terus.

Guru memerlukan ruang untuk mengajar dengan tenang. -Gambar hiasan AI

Guru memerlukan ruang untuk mengajar dengan tenang. -Gambar hiasan AI

"Boleh tak nak sekat nombor mak ayah pelajar? Boleh pula mak pelajar ni arah aku suruh bagi telefon dekat anak dia sebab nak cakap.

"Bila aku tanya tujuan untuk sampaikan kepada anak, boleh pula kurang ajar gila suruh bagi telefon dekat anak dia. Ingat telefon aku harta PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) ke?," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Arahan diberi dengan jelas, mak ayah murid nak juga mesej tanya di WhatsApp... Cikgu penat layan kerenah orang tua tak faham bahasa!

Guru itu berkata, pada mulanya dia menyangka berlaku kecemasan, namun rupa-rupanya ibu berkenaan hanya mahu memaklumkan kepada anaknya supaya pulang bersama ibu saudaranya.

"Dia berkeras nak bercakap dengan ank dia, dah la aku tengah mengajar dalam kelas. Pastu bila dia telefon, aku jawab dia diam pula.

"Selepas itu dia mesej lagi dan tanya sama ada dah maklumkan kepada anak dia atau belum. Terus terang rasa nak sekat nombor dia, tapi takut salah pula," katanya.

  • Guru terkilan ibu mengarah beri telefon kepada anak ketika kelas.
  • Disangka kecemasan, rupanya hanya mahu pesan anak pulang.
  • Ibu terus menelefon dan menghantar mesej ketika guru mengajar.
  • Guru mengaku terfikir mahu menyekat nombor ibu berkenaan.
  • Netizen minta ibu bapa hormati waktu bekerja guru.

Perkongsian guru itu mengundang reaksi warga maya yang berpendapat ibu bapa perlu menghormati waktu bekerja guru dan menggunakan nombor telefon peribadi hanya melibatkan urusan kecemasan sahaja.

"Kalau saya memang buat tak tahu je. Balas mesej sekali je. Kalau dah menekan, kemudian telefon, memang saya tak layan.

"Sekat ja nombor dia. Tu harta awak bukan harta kerajaan dan dia dah ganggu awak waktu mengajar," komen netizen.

Artikel Lain