Perbuatan kentut ketika individu lain sedang menjamah makanan adalah perbuatan tidak beradab. -Gambar hiasan AI
ADAB merupakan perkara paling asas dan penting dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dalam keluarga tanpa mengira faktor usia. Gara-gara isu sensitif ini, seorang gadis meluahkan rasa serba salah dan malu dengan sikap ibunya sendiri yang dianggap kurang menjaga adab serta sensitiviti orang sekeliling, terutama ketika waktu makan. Menurut gadis itu, ibunya mempunyai kebiasaan pelik iaitu gemar 'melepaskan angin' atau kentut sesuka hati tanpa mengira keadaan, termasuklah ketika mereka sedang rancak menjamu selera bersama ahli keluarga lain.Anak perlu menegur perbuatan ibu bapa yang boleh mendatangkan aib kepada keluarga. -Gambar hiasan AI"Mak aku ada perangai pelik. Kalau dia nak kentut, dia kentut saja. Kalau tengah makan ramai-ramai pun dia selamba kentut."Aku sebagai anak dia pun memang tak selesa tapi sebab dah biasa jadi aku biar," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat... Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang seriusARTIKEL BERKAITAN: Lepas buat ‘content’ kentut, TikToker nak jumpa Panglima TLDM... Katanya tiada niat hina aset tenteraBagaimanapun, situasi tersebut mula bertukar menjadi sangat janggal dan memalukan apabila keluarga mereka menerima kehadiran orang baharu selepas abang mendirikan rumah tangga."Ada hari tu dia kentut depan famili yang tengah makan dan dia depan kipas, jadi memang merebak la bau tu."Kakak ipar aku terus berhenti makan dan basuh tangan. Aku syak kakak ipar aku tak selesa tapi aku pun tersepit nak tegur," katanya lagi.Dia mengakui berada dalam keadaan serba salah untuk menegur ibunya kerana perkara itu pernah dibincangkan sebelum ini.“Saya sudah bertahun-tahun tegur, maksudnya memang sentiasa tegur, tapi apa boleh buat. Orang tua kadang-kadang degil,” katanya.Gadis kongsi sikap ibu yang kurang menjaga adab ketika bersama keluarga.Ibu didakwa sering kentut tanpa mengira tempat dan keadaan.Gadis serba salah tegur ibu kerana menghormati orang tua.Sikap itu dikatakan membuat menantu kurang selesa.Warganet bincang soal adab tanpa mengira usia.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mengundang perbincangan dalam kalangan warga maya yang berpendapat tindakan ibu gadis tersebut sememangnya tidak beradab dan memalukan."Manusia tiada adab macam ni anak kena tegur sebab tak nak biarkan aib mak tersebar, tak nak orang mengata mak di kemudian hari."Sama macam keluarga mentua aku jenis kentut merata-rata tak kira tempat, mereka anggap kentut ni nak buang angin je tak perlu malu."Kita tengah mengadap rezeki kena la beradab. Tak ada perasaan malu ke buat perangai tak beradab macam tu," komen warga maya.