suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau gedik mengandung lagi!” - Wanita hamil anak keempat terkedu dituduh tamak rezeki zuriat, tak hormat perasaan kawan TTC

Topik berkaitan kehamilan atau zuriat ada kalanya sensitif bagi segelintir individu terutamanya yang sedang melalui fasa TTC. -Gambar hiasan AI

RAMAI memahami bahawa perjalanan untuk memperoleh zuriat bukanlah satu perkara mudah bagi sesetengah pasangan suami isteri.

Ada yang mengambil masa bertahun-tahun, menjalani pelbagai siri rawatan dan menanggung tekanan emosi yang cukup sukar digambarkan dengan kata-kata.

Disebabkan itu, masyarakat kini semakin peka untuk lebih sensitif dan mengelakkan perlakuan yang boleh menggores hati golongan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata atau trying to conceive (TTC).

Namun, timbul juga persoalan lain sama ada seseorang itu wajar dipersalahkan dan dihakimi hanya kerana dikurniakan rezeki mudah untuk mendapatkan zuriat?

Rawatan kesuburan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan peluang kehamilan. -Gambar hiasan AI

Itulah dilema yang dikongsikan oleh seorang wanita apabila mendakwa menjadi sasaran teguran pedas daripada seorang kenalan yang sedang TTC disebabkan dia hamil lagi pada jarak agak rapat. 

"Aku tengah pregnant anak keempat. Aku cucuk depo tiga bulan sekali. Tapi still mengandung.  Anak aku yang nombor tiga baru umur setahun. Tak mengapalah yang tu... aku terima je," luahnya di Threads memulakan cerita.

Menurut wanita itu, dia tidak berkongsi berita kehamilannya di media sosial ataupun pada kenalan kerana belum bersedia berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlumba dengan siapa?” - Wanita TTC terasa hati rakan mengadu susah dapat anak kedua, buat-buat tanya tip ‘handle’ emosi

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh hamilkan perempuan lain tapi bukan kamu” – Wanita TTC menangis dengar gurauan doktor, menggigil disindir depan suami

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dia terserempak dengan seorang kenalannya yang sedang melalui fasa TTC.

"Masalahnya sekarang, aku tak bagi tahu sesiapa pun yang aku mengandung lagi. Tapi kenalan aku yang TTC  ni terserempak dengan aku. Perut aku pula memang dah nampak baby bump. Tahu dia cakap apa dekat aku? 

"Kau mmg tak jaga perasaan orang TTC langsung kan? Anak belum dua tahun dah tergedik nak mengandung lagi. Bukan nak bagi peluang tu dekat golongan yang tengah TTC. Aku blank kejap dengar dia cakap macam tu," kongsinya lagi, terkilan dengan tuduhan meluru itu.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya menganggap kenyataan kenalan wanita itu keterlaluan.

  • Seorang wanita berkongsi kisah dia ditegur kenalan TTC selepas hamil anak keempat.
  • Wanita itu berkata dia hamil walaupun mengambil suntikan perancang keluarga setiap tiga bulan.
  • Dia tidak berkongsi berita kehamilan kerana belum bersedia memaklumkannya kepada orang lain.
  • Kenalannya mendakwa wanita itu tidak menjaga perasaan golongan TTC kerana hamil dalam jarak rapat.
  • Perkongsian itu mencetuskan reaksi ramai yang berpendapat kenalannya terlebih sensitif, dan setiap rezeki zuriat adalah berbeza untuk setiap pasangan.

Ramai berpendapat setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan rezeki yang berbeza, justeru kehamilan seseorang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai mengambil hak atau peluang individu lain.

"Nak kena tunggu approval dia baru boleh mengandung ke?

"Dah Allah belum takdirkan rezeki tu untuk si TTC tu.

"Dah rezeki, kenapa pula nak tunggu dia mengandung dulu baru sis boleh nak tambah lagi?" komen segelintir netizen.

Artikel Lain