suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia berlumba dengan siapa?” - Wanita TTC terasa hati rakan mengadu susah dapat anak kedua, buat-buat tanya tip ‘handle’ emosi

Individu TTC berdepan cabaran emosi lebih-lebih lagi apabila ada yang membangkitkan soal zuriat. -Gambar hiasan AI

BAGI pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata atau TTC (Trying To Conceive), pertanyaan berkaitan anak sebenarnya boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi mereka.

Lebih menyakitkan apabila soalan sensitif itu datang daripada individu yang rapat dan sepatutnya lebih memahami situasi dilalui.

Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui tergores hati selepas menerima mesej daripada rakannya sendiri bertanyakan mengenai perasaannya yang belum dikurniakan zuriat.

"Saya belum dikurniakan zuriat lagi. Dah empat tahun berkahwin. Lepas tu ada seorang kawan ni, dia ada seorang anak berusia setahun lebih.

"Tiba-tiba dia WhatsApp saya, tanya apa perasaan tak ada anak lagi? Macam mana saya handle emosi kalau orang tanya pasal anak dan sebagainya," luahnya dalam hantaran di Threads.

Menjalani rawatan kesuburan adalah salah satu ikhtiar bagi pasangan TTC untuk mendapatkan zuriat. -Gambar hiasan AI

Tambah wanita tersebut, dia pada awalnya hairan mengapa rakannya mengajukan soalan sedemikian kepadanya.

Namun selepas bertanya semula, rakannya mengakui sedang berusaha untuk mendapatkan anak kedua.

"Rupanya dia tengah struggle nak dapatkan anak nombor dua. Saya yang dah lama tak terasa hati bab anak, tiba-tiba rasa tergores dengan soalan dia.

"Saya cuma jawab, mungkin Allah belum beri yang kedua sebab mahu dia fokus jaga anak pertama.

"Iyalah, anak pertama pun mak dia jaga. Hari dia cuti atau weekend baru datang jumpa anak dia. Lepas tu nak ada anak nombor dua? Dia berlumba dengan siapa entah?" luahnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh hamilkan perempuan lain tapi bukan kamu” – Wanita TTC menangis dengar gurauan doktor, menggigil disindir depan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

Menurut wanita itu, rakannya kini sudah selamat melahirkan anak kedua, namun dia masih mengingati perbualan tersebut kerana merasakan dia bukan individu yang sesuai untuk ditanya soalan sedemikian.

"Saya tak tahu kenapa saya rasa sakit hati. Saya tak cemburu dia beranak. Saya rasa sakit hati sebab saya bukan orang yang sesuai untuk dia tanya soalan macam tu.

"Tapi entah... dia tak ada common sense kot. Sabar je la ye," luahnya  lagi. 

  • Seorang wanita sedang TTC terguris hati apabila rakan tanya soalan berkaitan zuriat.
  • Rakannya itu sedang usaha untuk dapatkan anak kedua.
  • Dia sekadar beri jawapan ringkas meskipun mengakui terasa hati.
  • Langsung tak cemburu, namun wanita itu hairan mengapa rakannya bertanya soalan kepadanya.
  • Netizen beranggapan rakan wanita itu tiada common sense.

Di ruangan komen netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mengakui soalan berkaitan zuriat sememangnya sensitif bagi pasangan TTC.

Ada yang berpendapat rakannya itu mungkin tidak berniat jahat, namun tetap gagal memahami batas dan perasaan orang lain.

"Kalau saya pun akan terasa. Dia macam nak perlekehkan kita. Buat-buat tanya apa perasaan tak ada anak.

"Ramai spesies pelik macam ni. Sibuk nak banding pasal rezeki, jodoh, anak dan gaji.

"Kawan awak tu kena beringat. Semua ni pinjaman Allah. Kita tak nak la cakap benda tak baik," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain