suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berdepan kejutan budaya lepas kahwin, baru tahu keluarga mentua jenis ‘kera sumbang’ - “Aku bosan macam ni”

Individu yang baharu mendirikan rumah tangga pasti berasa kekok untuk menyesuaikan diri dengan latar belakang dan suasana keluarga mentua. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu dibesarkan dalam suasana serta latar belakang keluarga yang berbeza.

Ada yang bertuah membesar dalam suasana keluarga riuh-rendah dan penuh gurauan, namun tak kurang berada dalam acuan kehidupan tenang serta kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Namun selepas mendirikan rumah tangga, perbezaan suasana antara dua keluarga ini kadang-kadang boleh membuatkan seseorang berasa sangat kekok dan sukar untuk menyesuaikan diri.

Situasi itulah yang dihadapi seorang wanita apabila dia tampil meluahkan rasa janggal dengan sikap keluarga mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkejut gaya hidup mentua! Setiap hari bangun lewat, tengah hari baru keluar bilik... 'Bising' kalau tak sedia sarapan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ikut perangai mentua, suka lena depan TV sampai Subuh... Langsung tak hirau hukum berpisah tempat tidur dengan suami!

"Anda semua okay ke lepas kahwin baru tahu rupanya adik-beradik suami jenis tak bersosial?

"Maksud saya, semua jenis terperap dalam bilik. Cakap apabila perlu. Tak ada gelak-gelak, bergurau. Apabila selisih dekat dapur pun buat macam tak wujud je.

"Pertama kali rasa macam ni. Sekarang rasa tak suka balik rumah keluarga suami sebab auto terperap dalam bilik. Macam dalam penjara," luahnya di Threads.

Meluangkan masa dengan melakukan aktiviti bersama dapat mengeratkan hubungan antara menantu dan mentua. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan, suasana di rumah mentuanya sangat berbeza dengan keluarganya sendiri yang lebih rapat dan gemar meluangkan masa bersama.

Tambah wanita itu lagi, dia mula berasa bosan setiap kali pulang ke rumah keluarga suaminya kerana suasana yang terlalu sepi dan dingin.

"Aku bosan betul la keluarga macam ni. Sebab ahli keluarga aku semua ada bonding. Jenis gila-gila, suka berjalan apa semua.

"Tak tahu nak menyesal ke apa. Rindunya keluarga aku," katanya lagi.

  • Seorang wanita kekok dan sunyi kerana sukar sesuaikan diri dengan keluarga mentua.
  • Menurutnya, adik-beradik suaminya kurang gemar bersosial dan suka terperap dalam bilik.
  • Situasi isu sama sekali berbeza dengan keluarganya yang 'meriah'.
  • Dia mengakui suasana itu membuatkannya berat hati setiap kali pulang ke rumah mentua.
  • Netizen berpendapat setiap keluarga mempunyai latar belakang dan dinamik yang berbeza.

Perkongsian luahan perasaan itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ramai yang mengakui mereka juga sebenarnya berdepan dengan situasi hampir sama selepas berkahwin.

Ada sebahagian netizen berpendapat bahawa setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang serta kemesraan.

Manakala sebahagian lagi sangat memahami emosi wanita tersebut kerana berdepan kejutan budaya dengan suasana rumah mentua yang terlalu sunyi.

"Apabila kahwin ni kena faham setiap famili dinamik dia tak sama. Tak boleh expect famili orang sama dengan famili kita. Tu benda paling basic sekali.

"Lantak pi la. Asalkan diorang tak kacau. Lebih baik jenis terperap daripada jenis yang bersosial tapi suka mengata, mengutuk ipar.

"Kalau suami kau baik, tak payah menyesal-menyesal, dik," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain