suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumah

Segelintir golongan lelaki mengambil remeh soal bau badan hingga mengundang ketidakselesaan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

ISU kebersihan diri mungkin dianggap sebagai perkara remeh oleh segelintir individu.

Namun bagi pasangan yang hidup serumah, perkara itu boleh memberi kesan besar terhadap emosi, keselesaan malah keharmonian rumah tangga lebih-lebih lagi apabila teguran yang diberikan tidak diendahkan.

Demikian luahan seorang wanita yang mengakui semakin stres berdepan sikap suaminya yang didakwa tidak menjaga kebersihan diri meskipun sudah berkali-kali ditegur.

"Macam mana nak berdepan dengan suami yang tidak menjaga kebersihan?

"Fizikalnya agak besar, kalau lepas balik kerja atau balik dari aktiviti luar, susah sangat nak terus mandi. Busuk sangat bau badan. Dia terus baring dekat kerusi atau katil.

"Kadang tu memang tak mandi langsung seharian sampai tidur malam," luahnya.

Isteri lazimnya memainkan peranan agar penampilan dan kesihatan suami mereka dititikberatkan. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, apa yang membuatkan kesabarannya semakin menipis adalah apabila bau badan suaminya terlalu kuat dan menyengat sehingga melekat pada pakaian serta ruang udara di dalam rumah.

"Bayangkan orang badan besar bau kepam yang sangat busuk. Dari luar rumah boleh bau.

"Kalau basuh baju dia, susah nak hilang bau. Dah basuh masih busuk. Stres juga hidup dengan orang busuk ni.

"Pernah belikan mandian antibakteria tapi tetap bau busuk badan dia tu," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami pengotor, malas teruk! Kencing di singki dapur, pakai seluar dalam tak basuh... Isteri stres, cerai pun tak kisah

ARTIKEL BERKAITAN:Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

Dalam masa sama dia turut meluahkan rasa terkilan kerana suaminya itu didakwa tersangat culas untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Keadaan itu membuatkan dia mula tertanya-tanya sama ada sikap culas itu mempunyai kaitan dengan bentuk fizikal suaminya.

"Susah sangat nak tolong buat kerja rumah. Macam ni ke yang orang cakap gemuk pemalas?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan dan nasihat warga maya.

  • Seorang wanita stres dengan suami yang tak jaga kebersihan diri.
  • Suaminya berbadan besar, mudah berbau setiap kali pulang bekerja atau beriadah.
  • Dia sudah menegur malah membelikan mandian anti bakteria namun tetap tak berkesan.
  • Situasi itu menyebabkan dia stres sehingga menyebabkannya meminta pandangan netizen.
  • Rata-ratanya nasihatkan wanita itu berkomunikasi dengan suami untuk elak hubungan menjadi tegang.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyarankan wanita tersebut agar berkomunikasi secara lebih berhemah dengan suami bagi mengelakkan hubungan menjadi lebih tegang.

Namun ada juga berpendapat isu tersebut tidak wajar 'dipukul rata' terhadap bentuk badan kerana setiap individu mempunyai tabiat dan tahap kesihatan yang berbeza.

"Orang lelaki memang kadang tak cakna. Saya akan beritahu je suami kalau dia berbau ke apa.

"Lelaki ni dia macam bayi. Sampai rumah, akak terus tarik tangan dia pergi tandas, siram dengan air limau dan kapur.

"Suami saya dulu ketiak berbau tengik. Tapi tegur direct. Sekarang pakai deodorant. Perfume tak tinggal. Alhamdullillah," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain