suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat kereta kena curi, rupanya housemate punya angkara... Berani ‘duplicate’ kunci, berbulan ‘pinjam’ tak minta izin!

Menggunakan harta atau barang milik individu lain tanpa kebenaran adalah perbuatan yang melampaui batas. -Gambar hiasan AI

INDIVIDU yang pernah tinggal menyewa pasti mempunyai pengalaman tersendiri, sama ada lucu, menyenangkan ataupun sukar dilupakan kerana terlalu pelik bersama rakan seerumah.

Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah tidak dapat dilupakan mengenai bekas rakan serumahnya yang didakwa sanggup menduplikasi kunci kereta milik seorang lagi housemate mereka sebelum menggunakan kenderaan tersebut tanpa pengetahuan selama beberapa bulan.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia menetap di Kuala Lumpur dan menyifatkan individu berkenaan sebagai antara rakan serumah paling pelik pernah ditemuinya.

"Dulu waktu stay KL, saya ada housemate paling pelik saya pernah hadap. Dia boleh duplicate kunci kereta housemate seorang lagi.

Hidup bersama rakan serumah menuntut sikap saling menghormati, bertolak ansur dan bermuafakat. -Gambar hiasan AI

"Dan waktu pemilik kereta pergi kerja, dia ambil kereta tu. Sebelum owner itu habis kerja, dia parking balik kereta tu," katanya dalam perkongsian tersebut.

Lebih mengejutkan, pemilik kereta langsung tidak menyedari perkara itu berlaku selama ini.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut akhirnya terbongkar apabila 'suspek' tidak sempat memulangkan semula kereta berkenaan pada satu hari.

"Owner kereta ini risau gila, sampai buat report polis. Iyalah sebab ingat kereta kena curi kan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah dari neraka ‘bedal’ stok lauk sampai licin, tak tahu malu label kawan kedekut - “Habis beli baru, apa susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah asyik ‘rembat’ makanan, terpaksa ketuk bilik cari suspek... Bukan seketul, dua ambil tapi sebekas!

Menurutnya, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir mendapati individu yang mengambil kereta tersebut sebenarnya adalah rakan serumah mereka sendiri.

"Dan bila call dia cakap dia dekat KLIA. Alasan ayah dia sakit. Kami macam...?

"Macam mana kau boleh ambil kereta itu? Dia cakap dia pinjam untuk pergi KLIA. Lepas tu akhirnya mengaku pergi hantar teman lelaki ke KLIA. 

"Bila periksa balik CCTV sebelum-sebelum ni, memang dah berbulan dia buat kerja ini," ujarnya.

  • Seorang wanita berkongsi perangai pelik bekas rakan serumahnya yang tidak dapat dilupakan.
  • Rakan serumahnya itu sanggup menduplikasi kunci kereta milik seorang lagi housematenya.
  • Individu itu menggunakan kereta berkenaan ketika pemiliknya bekerja secara senyap-senyap dan memulangkan semula sebelum pemilik tamat kerja.
  • Perbuatan itu terkantoi apabila individu itu tak sempat pulangkan kereta hingga pemilik buat laporan polis, menyangka kenderaannya dicuri.
  • Netizen menyifatkan perbuatan menggunakan kereta milik orang lain secara senyap sebagai melampaui batas.

Tambah wanita itu lagi, pemilik kereta tidak pernah mengesyaki apa-apa kemungkinan kerana kenderaan tersebut dipulangkan seperti biasa dan dipercayai turut mengisi semula minyak oleh 'suspek'.

"Dia pun tak sangka. Kalau tak kantoi tu memang tak tahu langsung," akhirinya.  

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya sukar mempercayai tindakan berani individu terbabit.

Malah ramai menyifatkan perbuatan menggunakan kereta milik orang lain secara senyap sebagai melampaui batas dan mengkhianati kepercayaan rakan serumah sendiri. 

Artikel Lain