Ramai pekerja sanggup memberikan komitmen tinggi terhadap kerjaya, namun pada masa sama tetap mengharapkan sedikit empati apabila melibatkan keperluan keluarga. -Gambar hiasan AI
DALAM suasana kerja penuh cabaran, setiap pekerja pasti pernah berdepan situasi menguji kesabaran dan ketegasan diri, terutama apabila melibatkan polisi syarikat dan tuntutan kerja tidak menentu.Seorang individu menceritakan pengalamannya berdepan dengan majikan yang tegas sehingga mempengaruhi cara dia bertindak dalam situasi tertentu. Menurutnya, dia pernah memohon kebenaran untuk bekerja dari rumah (WFH) kerana anaknya yang berusia enam tahun sedang demam."Dulu aku pernah request dekat bos aku untuk bekerja dari rumah sebab anak aku umur enam tahun demam," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman X. Ibu atau bapa sanggup mengetepikan komitmen demi anak-anak. -Gambar hiasan AINamun permintaan tersebut tidak diluluskan atas alasan polisi syarikat."Tapi dia mati-mati tak bagi sebab polisi syarikat," kongsinya lagi.Bagaimanapun, situasi berubah apabila pada satu ketika, dia menerima panggilan daripada majikannya untuk menyiapkan tugasan penting dan perlu diselesaikan segera ketika hari cuti.ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita terkejut sikap prihatin bos! Minta nak EL, lain pula diberiARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM4,500 terus junam jadi RM1,700! Wanita dakwa suami ‘dihukum’ majikan zalim, upah dipotong lepas EL jaga anak sakit"Lepas tu ada satu kerja urgent, klien nak masa cuti. Bos call minta kerja tu," ujarnya.Individu itu berkata, dia kemudian memilih untuk bersikap tegas dengan 'memulangkan paku buah keras' kepada majikannya sebagaimana alasan sama pernah diberikan kepadanya sebelum ini."Aku cakap, saya dekat rumah. Polisi syarikat tak boleh bekerja dari rumah," kongsinya lagi.Seorang individu berkongsi kisah majikannya yang tegas.Dia pernah minta kebenaran untuk bekerja dari rumah kerana anak kecilnya demam.Namun permintaan itu ditolak majikan dengan menggunakan alasan polisi syarikat.Dia kemudian membalas kembali guna alasan yang sama bila diminta menyiapkan kerja waktu cuti.Netizen berpendapat setiap pekerja berhak mempunyai batas antara urusan kerja dan kehidupan peribadi.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsiannya itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya memuji keberaniannya mempertahankan hak sebagai seorang pekerja.Mereka berpendapat setiap pekerja berhak mempunyai batas antara urusan kerja dan kehidupan peribadi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga dan waktu rehat."Polisi diguna pakai kalau untuk kesenangan diorang je."Mantap... tapi kalau lawan bos, kena bersedia juga cari kerja lain," demikian antara komen netizen.